Thursday, December 31, 2009

Wayang Statik Mati!

hidup ni tak ubah mcm reel filem tipikal yg ditayangkan dilayar gergasi. bila mana plot perkembangannya boleh dijangka dan semakin linear. oleh kerana aktor-aktor dlam wayang gambar itu semuanya mempunyai nama yg sama iaitu human, skripnya akan kekal tipikal dengan fantasi-fantasi indah dan unrealistik.

****************

babak satu. cerita janda kena langar lari. si driver merupakan seorang lelaki biseksual. tetapi keinginannya pada perempuan telah tamat tempoh. operasi menyelamatkan mangsa aksiden. janda itu kemudiannya terberanak dalam kereta si biseksual dan anak itu merupakan sebuah durian.

nk menambahkan perisa dan semacam ad-lib dlm teater buat cerita nampak bernyawa. soul gitu.


si anak durian membesar super fast dan akhirnya si biseks jatuh cinta kepada baby durian (sweet yuolls). dan apalah drama tanpa watak antagonis yg jelik, licik dan mempunyai kaki yg tidak berbulu. si biseks mmg dah menjalinkn hubungan cinta dgn si antagonis (lelaki ya). dan dlam masa yg sama seorang pahlawan angkasa yg berkasut converse yg sgt naif, suci, mutlak (dan teruna) sudah crush dgn itu baby durian.


terjadi lah cinta poligon. dan biasanya dalam naratif cerita. trik si penulis hendak membuang watak antagonis dan pahlawan angkasa ialah dgn membuatkn phlawan yg suci menjadi jahat (kena rogol dan hilang teruna mungkin) oleh kerana cinta, dan mematikan watak antagonis yg maha jelous. kesudahannya. si biseks dpt la kawin dengan baby durian. dan dpat anak seekor lipas yg pandai bermain pistol. dan. happy ever after. bahagia infinit! oh how sweet!


*******************
konklusinya. cerita yg sekarang klua kat wayang yg kita tgk ni sume. sgt tipikal dan statik. sama je. mungkin bukan slah kita. dah memang otak dan synapse kita ni mampu mencipta satu ruang bayangan yg begitu limit. kita human!

ni film yg sy tgk kat GSC Alamanda td. sy ckp dkat kaunter. "kak nk tiket wayang filem Si Lipas Pemuzik dan Si Durian yg Bernafsu Kuda". terus dapat akses penuh ke suatu ruang tayangan gambar yg berlainan dimensi. sy ketawa bila sedih. dan bermuram bila hyper ceria. pelikkn? tapi menarik. lebih lazat darpada bercumbuan dgn Avatar yg keluar drpda screen wayang 3D. betul.. tak tipuu.hahaha



Monday, December 28, 2009

Batukan Dunia Sembilan


elemen kompalseri dlm kitaran semesta ialah air, api dan tanah (klau dlam cerita kartun moden elemen eletrik dan kdangkala erotis ) cuba kita bayangkan suatu tapak perhimpunan yg menggabungkan kesemua elemen itu. seakan-akan komposisi kompak itu mampu mencairkn aisberg di kutub dan mampu melawan suatu inersia manusia yg sgt absolute. dalam kekalutan dan petir yg sabung menyabung. selonggokan infanteri mabuk dansa dan artileri berat pimpinan borjuis hardcore masih asyik berjuang dalam tahap kerpasan yg agak tinggi. kerana buat seketika cuma seketika. dunia ini seperti telah dibatukn oleh tahap energi dan elemen kompak yg sgt hyper. ya. cuma seketika buat seketika. seolah-olah dunia ini kita yang punya...

RTW '09 Bukit Jalil. oh para org kata kira mcm woodstock m'sia la (wdstock la sgt). 60 band bermain pada hari yg sama di tiga pentas yg berbeza. dr musik electro cinta Robot Asmara smpai la ke lgu prom queen Bunkface pujaan lelaki metro dimainkn (termasuk tarian zapin oleh Loque). selain drpada fact yg boyan2 malaya yg semakin byk, hujan yg turun sgt lebat gak membantutkan nafsu serakah para proletar yg dah tak tahan nk bejoget. oh tak pe sabar. kita alihkan perhatian kepada para perempuan Elevate yg mempunyai sepasang kaki yg mengiurkn. setelah puas dan kebasahan (oleh hujan ya) hiburan diteruskan. byk la gak band yg cool2. cuma yg tak seronok sgtnya sbb ada tiga stage yg membuatkn kita serabut nk tgk band mana yg main dan lg psal hujan (nk salahkn siapa ni?) haha. yg lain just ok la. takde la teruk sgt pun.


Wednesday, December 23, 2009

Gegaran Apokaliptika Kosmik

ada sebuah bintang dalam galaksi bima sakti yang kelihatannya terkeluar daripada orbit pusingan masanya dan ia seakan menggila dengan melagakan diri dengan bintang-bintang yang lain sehiggakan setiap darpda bintang tersebut terlakur dan menjadi partikle-partikle seni yang membentuk gugusan debu yang akhirnya menciptakan satu daya magnetik yang sgt dahsyat dan membentuk satu teretori magnetik yang sgt kuat sehinggakan boleh menarik apa jua objek dalam langkauan kuasanya yang menyebabkan gugusan nebula-nebula terapung itu membentuk satu lohong hitam yang sgt luas di tengah angkasa raya.

sy seperti sebuah planet orbitari yang tertarik dengan kuasa jahat si lohong hitam. begitu naif dan pelan-pelan mengikut graviti idiot yang semakin mencengkam. oleh kerana apa dan tentang apa. keseluruhan sistem solar itu sendiri mengalami perubahan oleh sebab kuasa yg sgt bizzare. utarid mengembang dan menjadi sebuah motosikal. venus berubah menjadi seorang dewi roman yang pandai menari. saturn bertukar menjadi seekor kucing yang comel. dan matahari semakin kehilangan bahan bakar melalui nuklear therma dan mula melakur helium untuk menjadi elemen yang lebih berat seperti carbon dan lithium. hey semua dah tak betul la.

atau mungkin sy yg semakin terperosok dan tertarik dalam satu ruang kebosanan pelahan-pelahan. dan secara dramatik dan penuh tragis dihimpit oleh relatif fabrik masa (kata einstein) yang membuatkan sy berkhayal seperti sy seorangg astronaut di angkasa lepas yang menjumpai satu doktrin apokaliptika dr parti politik semesta. dan apa tentang apa. sy terus berfantasi dalam bilik kedap kerja. moga-moga hari esok masih ada dan lebih ceria. harapan


Sunday, December 20, 2009

Rantai Art Event 2009


















rumah agam warna merah dan lumpur tengah bandaraya kosmopolitan. segala orang-orang hetero kelihatan bergegas menuju ke situ. entah apa yang dicari. kalau nak cari kugiran main lagu calypso dan rocksteady yang membolehkan kita menggoyangkan pinggul mandul dan menari memang tak jumpa. dorang nak cari seni-seni halus yang boleh menjulingkan mata dorang sebab tgk dalam-dalam ke? pun takkan jumpa jugak. oh nak cari pasangan yang lain untuk berkopulasi? baik pergi chow kit la dude. jadi apa yang dorang cari sebenarnya? mungkin dorang mencari satu harapan yang mengharapkan rumah merah itu dipenuhi warna dan bunyi-bunyian baru semula seperti rantai 1 dan 2. tapi apa yang mereka jumpa? hmmm (nada hampa)

rantai semakin lama semakin bosan. bukan bosan sikit-sikit pnye bosan. bosan gaban. harap2 banyak la karya anak-anak seni tempatan. tapi bilangannya semakin atau sangatlah berkurang nk compare dengan tahun 2007. booth-booth mcm Bangkit, Eigthyfour Cube, Kurasa Raksasa sume dah xde. ganti dgn The Brains dan Bila Larut Malam (huh?). apa yang aku dapat aku pun tak tau. oh tapi nasib baik tahun ni ada jual-jual buku sikit kat atas. ok la. sempat kebas dua tiga buku yang menarik. yang lain....hmm.mcm shit. lagi baik goreng nugget kat rumah dan makan sambil tengok porno. lagi happening.

Sunday, December 13, 2009

Bora Ashmara




















(post ini super panjang. sy tak mengharapkn ianya dibaca. kadang-kadang ada sesuatu yg perlu kita luahkn)

keretapa api laju transit dengan kekosongan malam. rangkaian lagu Sebadoh dan absurd kepedihan hati. mungkin mulai detik itu. saat itu. dlm dekorama dan melankolik yg menerjah bertubi-tubi. sy sedikit demi sedikit mempercayai mitos tentang pedih perpisahan. sy dapat rasakan kesakitan pada pangkal hati. perlahan-perlahan mamalia athropod, haiwan kelas crustacea dan makhluk seni keluar dari hidung, telinga dan anus sy. rasanya seperti sy telah ditinggalkan dr menaiki bas ke Pekan Orang Ramai dan sy telah kehilangan arah, tujuan dan berada atas satu tanah gersang dimana punya diri sy, Tuhan dan cerita masa dulu. dan ketika itu sy tak habis-habis menekan butang padam pada alat perekod dlm cerebrum otak. sambil bergolek telentang mempersoalkn mengapa dan kenapa tentang alam dan kuota sintesis. oh. mungkin sekarang sy sudah tahu. pokok masalahnya bukan ada pada alam, cerita dulu, kawan atau Tuhan. mungkin sy yang perlu mengaku tentang kebodohan diri sendiri sbb tak pernah cuba menghargai lapisan-lapisan senyuman dan gelak dulu. atau mungkin juga bukan salah sy. sebab semua perkara dlm dunia ini manisnya hanya ada di hujung-hujung.

semalam yg hangat. beberapa ciuman, pelukan, dan kemaafan buat sy berfikir kembali. tp klau kita nk terus sdih. sampai bila. bayangkan. dr sekolah rendah. kita abis dan berpecah. kta sdih. f4 pndah sekolah lg. sdih gak. habis spm. sdih. abis plkn (sesiapa yg kne la kn) sdih gak. nnt abis U. sdih. sampai mati mcm tu. hakikat hidup bkan satu kesedihan. perpisahan hanyalah satu plot antagonis dlm sistem oblique bumi. sedangkn 24/7 kita hela nafas dan cakerawala masih dlm orbit kitaran alam tetapi kenapa saat-saat yg tipis begitu signifikan buat kita. mungkin ini yg para org kata kompleksi orde kegentingan. dimana manusia itu menuju ke suatu horizon yg dipenuhi dgn rasa x pasti dan kekeliruan. atas segala delusi dan paranoia-paranoia vertikal. kita terlampau rapuh dan kekal bergantungan.

lpas ni. dah xde lg sy nk tgk megadrama kat dorm, topik-topik homoseksual dipebincangkn secara ilmiah, perokok-perokok yang SGT SGT tegar, katil-katil sbp yang patah, satu institusi yang penuh lelaki, dan para orang yang x abis2 kejut sy tido. semua ini merupakan suatu juktaposisi rasa dan kepercayaan. mungkin dalam 10 atau 15 tahun lg kita akan berjumpa. dlm suatu perhimpunan dimana setiap di antara kita masing-masing mempunyai sinopsis kegembiraan pada tahun selepas berpisah. saat sebelum saya menanggalkan tie kemegahan dan uniform kesayangan adalah detik paling crucial. tak mengapa. kita perlu terus berlari tanpa henti. dunia ini seakan treadmill yg terus berputar. yang berlalu cuma epilog yg harus kita lepaskn. ia merupakan permulaan untuk suatu pengakhiran lg. tragis bukan?

mungkin sekarang ini byk agent-agent telekomunikasi yang menetapkn parabola mereka dlm frekuensi kesedihan untuk mewujudkan satu teretori luka. kini sy mengalami insomnia dan menemui jalan buntu untuk terus tido. mungkin sy terlalu takut untuk kehilangan momen-momen yang mungkin menarik dlm hidup. lebih baik kekal celik sambil mendengar lagu Sebadoh dan mengingat masa lampau. hmm.


Friday, December 4, 2009

terekam (takkan pernah mati)

kenapa setiap kali bila kita cuba keluarkn suara untuk memanggil
org-org berkenaan berjalan pergi
rasanya macam sebilah pisau ditusuk dibhagian dada
pelahan pelahan
inci demi inci
sikit demi sikit
saat demi saat

mungkin
sy perlu pandai membuat hipotesis terlebih dahulu
atau seperti ahli sains aktuari yang menjangkakn masa depan
dan mengetahui yang diri sendiri itu semakin tak bernilai
meter demi meter
jam demi jam
sampai muflis

mungkin
hidup ini memerlukan kemahiran matematik dan analisa yang tinggi
sampai sekarang tiada siapa yang faham tentang aksara-aksara dan
permutasi-permutasi yg semakin tak relevan

yang dikeluarkan oleh bangsa-bangsa murahan seperti sy
dan mungkin kamu


(lebih baik masuk dlm selimut dan berulit-ulitan dgn sesiapa yg sedia menanti.btul kan?)