Seorang Idealis Musika Paling Humble
Muhammad Ikhwanul Ashraf bin Manja
29 Januari 1992 - 22 Mac 2010
semoga ruhnya tenang dan dicucuri rahmat
(Al-Fatihah)
29 Januari 1992 - 22 Mac 2010
semoga ruhnya tenang dan dicucuri rahmat
(Al-Fatihah)
aku tau kau masih ada. ya masih. cuma kau terpaksa pergi menghadiri satu program dalam satu jangka masa. dan aku doakan kau tenang dekat sana, dipermudahkan segala urusan kau dan dengan lancar menjawab segala soalan yang ditanya. moga kau dipayungi dan dilindungi dengan rahmat dan kebaikan yg kau buat atas dunia. amin amin amin
dan aku sangat pasti yg kita akan berjumpa lagi nanti. mungkin bila kau dah balik dari program kau tu atau dapat surat pelepasan keluar. atau mungkin aku perlu sedar yg semua tu adalah mustahil.
tapi tak salah untuk aku berharap dan anggap semalam itu cuma satu mimpi paling ngeri dalam ribuan mimpi mimpi tragik dan sakit dalam hidup aku. paling melankoli paling dalam paling panjang. aku berusaha tidur semalaman untuk cakap yg semua ni temporari atau cuma delusi paranoia aku yg paling tak relevan. dan aku berharap yg aku bangun hari ni dalam ribuan tidur tak lena aku mengetahui hakikat yg semalam itu hanya babak babak mimpi gloomi tragis yg tak benar.
atau mungkin aku yg perlu menerimanya. mungkin. ya mungkin perlu. perlu
and dude, hidup semua antara kita ni sgtlah pendek. hidup aku, mereka, diorang dan setiap bnda yg bernyawa dalam paksi bumi ini temporari. finit. and percayalah, kita akan jumpa lagi nanti. bila sampai masa aku pulak dipanggil untuk sertai program yg kau sertai ni. kita jumpa ya. mungkin kita akan jd komrad baik mcm kita dekat terminal dunia ni dulu. atas orbit bumi sementara. semoga kita berjumpa lagi
nanti
ya nanti
pasti


10 comments:
aku tumpang sedih..
takziah..
banyakkan bersabar azim.
ingat, smua yg tejadi pasti ada hikmahnya.
kita yg masih hidup perlu byk berdoa utk arwah semoga dia tenang di sana. amin ya rabbal alamin.
al-fatihah.
aiman: al-fatihah
asma: ya. aku sentiasa doakan dia senang dekat sana
smoga roh nya dicucuri rahmat n dtempatkan di kalangan org2 yg beriman....amin...
al fatihah...
sumpah gua macam nak menangis tengok lu menulis lah, bero.
well, hidup memang singkat. tuhan tu maha kuasa, mungkin tuhan sayang dia lebih tu pasal tuhan ambik dia.
by the way, takziah.
azim suhaili.. kekadang, ko menjadi azim yang aku tak berapa nak kenal.. kekadang, tulisan ko sebegini membuatkan aku tersenyum sinis, bukan kerana gembira.. namun seakan tak percaya bait2 perkataan perlambangan dukacita mampu dikeluarkan dari kolam2 idea ko..
ANOM : Ko x sedeyh ke nk kuar koleq? Pasnie dah x JUMPE member dah.
AZIM : Aq x rase pape pown. Biase je. Alaa, bende2 nie kejap je.
mungkin sebab ayat2 nie pernah keluar dari bibir ko.. tapi, aq percaya, itu hanya omongan di mulut sahaja.. mungkin kali ini tamparan hebat buat semua rasanya, hilang kawan buat selama2nya.. perkataan JUMPA tidakkan wujud..:(
nyatanya, you still have the other side of azim.. yang punya jiwa dan perasaan.. juga seperti manusia biasa.. bukan nya doraemon mahupun superman.. :)
masih dalam kesedihan, al-fatihah chamakh...
E8: perasaan pasca sekolah lain kalau nk dibandingkan dgn pasca kehidupan. habis koleq bukan bermaksud putus semuanya. kita masih dalam satu dimensi yg tercantum dgn bermacam rangkaian. atau secara mudahnya. kita masih berhubung, atau setidaknya MAMPU untuk berhubung. dan oleh itu mungkin pada masa itu aku rasa tak ada sebab untuk merasa apa-apa. bau "dunia baru" lagi perlu untuk dibimbangkan serta difikirkan. cuma masa itu. ya itu perasaan tulen aku. masa itu.
dan sekarang ni, secara mutlaknya, aku dah terputus hubungan dgn arwah. dan pemutusan ini adalah bnda yg tak boleh dibaiki atau setidaknya MAMPU untuk disambung semula.
dan ya aku mmg seorang manusia biasa yg ada hati
secara tulennya juga aku mmg terasa bila aku dah betul2 terputus dgn seseorang itu. berlainan dimensi dan aku tak punya kenderaan untuk kesana.
putus dan tak mungkin boleh disambung semula
pu
tus
al-fatihah. mungkin ini saja medium hubungan aku dgn dia.
:( al Fatihah
aku tulis dia la kat blog aku haritu
sedihnya jika diingat balik :'(
hargai la org yg ada disisi kita.sbb esok belum tentu kita dpt b'jumpa dgn mereka lgi ='(
Post a Comment