Friday, April 16, 2010

Eterniti

Linda kata Zack normal. Faisul pun ckp Zack normal. semua org cakap Zack normal kecuali Zack. sbb hakikatnya yg tahu tentang diri Zack ialah Zack sendiri.

E-nol ckp kucing cool sbb ada sembilan nyawa. Tits Zakiah pun ckp mcm tu. tp Zack cakap Zack lagi cool, sbb Zack tak ada nyawa. E-nol, Tits Zakiah, Linda, Faisul, Maria Ozawa, ckp Zack tipu. Zack ckp mana ada. Zack ckp Zack tak tipu.

sbbnya Zack kata, kalau la dia tipu, dia sekarang mungkin bukan lagi Zack. Zack ckp mungkin dia sekarang ni ialah mayat yg tgh di hukum di alam barzakh sbb tak pernah mandi junub masa smayang. itu tak termasuk lagi siksa kubur yg lainnya macam minum arak dekat parti harijadi Fifi Abdullah dan membunuh seekor beruang kutub menggunakan lastik kayu.

tapi Zack ckp, Zack masih Zack. dorg tetap tak percaya. Zack jd buntu. hakikatnya Zack tak tipu. dia mmg tak boleh mati.

Zack pernah kna pancung dekat kepala dgn pedang sbb rampas awek org. kepala dia terpenggal dan kemudiannya dicuri oleh Rahim si pengumpul kepala antik. selama 13 tahun Zack hidup tanpa kepala sehinggalah dr. liza seorang pakar veterina menggantikan kepalanya dgn kepala beruang. doktor liza ckp comel. hihihi

dan lagi

organ2 badan Zack pernah kne curi dgn penyamun organ dari india. jantung, buah pinggang, tulang tongkeng semua dorg kebas. tapi Zack masih terus hidup. in fact tak rasa apa2. dia gantikan kidney dia dgn tapis air dekat rumah. jantung digantikn dgn bateri kereta dan takung urinari dgn sebijik tin kokakola. walaupun seteruk itu anatomikalnya, dia masih hidup. bahkan tak rasa apa2.

lalu Zack upah sekalian asasin untuk cuba membunuhnya, tapi tak ada satu pun yg berjaya. beribu peluru mesingan dalam badan Zack, beratus racun serangga yg Zack dah telan, berpuluh tulang2 zack dah hancur di gelek buldozer, di himpap piano, di pukul dgn kayu besbol dan mcm2 lagi. tapi Zack tetap tak mati.

Zack terus hidup begitu selama seribu tahun lagi. tanpa ada rasa, tanpa ada perasaan, tanpa ada mati.

semuanya eternal buat Zack sampailah suatu hari di Amsterdam bila dia jumpa seorang perempuan bernama Moona yg memakai topeng astranaut dan kebaya warna kelabu dgn boot warna violet. wah futuristiknya! kata Zack. Zack masih tak rasa apa2. tapi dia cuba rasa suka. mungkin ini adalah percubaannya yg pertama untuk berubah sejak seribu tahun yg lampau. inilah yg pertama.

dan mulai itu Zack mula dapat merasa. dia dapat rasa cinta, dia dapat rasa sentuhan, dia dapat rasa segalanya macam org normal. mungkin dia baru sedar jawapan kepada banyak persoalan ialah mencuba dan bukannya paranoia.

Zack dan Moona bahagia bersama. kisah cinta dorg biasa2 saja. cinta antara seorang lelaki berumur seribu lapan belas tahun berkepala beruang yg sistem badannya beroperasi menggunakan bateri kereta dgn seorang perempuan futuristik dari Amsterdam, mmg biasa2 je. takde lah sehebat cinta artis2 Malaysia yg banyaknya berkahwin dgn Dato'. tak sehebat cinta itu. biasa2 je. tp Zack bahagia dan kembali normal. mcm manusia stereotype.

beberapa minggu selepas Zack kemballi normal, dia mula jatuh sakit. doktor sah kan dia menghidap sifilis. Zack terlantar di hospital dan Zack betul2 mengharapkan Moona dapat menemaninya. tp gadis2 moden, nak lagi futuristik mcm Moona mana kenal perkataan komitmen. Moona terus cabut meninggalkan Zack nazak sendirian.

Zack jadi kecewa dan berharap dapat mengadakan rundingan damai dgn malaikat maut. dia nk mintak ditambahkan hayatnya seribu tahun lagi supaya dia dapat memenangi hati Moona kembali. tp malaikat bukan mcm manusia yg punya nafsu.

tepat usia Zack seribu lapan belas tahun, Zack meninggal dunia. dan dia selamat dikebumikan di Jupiter.



tapi persoalannya
di sini,
apakah yg sebenarnya manusia mahu?
adakah hidup eternal yg kekal abadi atau nikmat palsu dunia sementara?

atau atau atau?


16 comments:

izzat knowles said...

ngahahahafuntastic

azimsuhaili said...

izzat: kau adik beyonce knowles ke? haha. oh terima kasih

tims said...

manusia berkepala beruang? :)
comel!

btw, kalau immortal tp hidup takde nikmat buat apa?

izzat knowles said...

oh. mcm tu lah kot azim. haha. oh sama-sama.

azimsuhaili said...

temah: i tanya u, u tanya i balik buat apa? haha

izzat: oh ya ke? kalau mcm tu, nak sain boleh? hahaha

izzat knowles said...

cepat kau balas ye. oh. kau nak sain aku ke kakak aku?

hidayah . noriko . pelangi said...

comel laa manusia kepala beruang.. hahaha!
kepala binatang lain xde ke?

Anonymous said...

elok da 2 dier letak kepale beruang.. kunk ltak kepale babi xde nye moonah nak syok kat dier smpai kne sifilis.. hahaa~

usha, aq sebagai MANUSIA xnk kedua-duanya.. :)

hidayah . noriko . pelangi said...

letak kepala babi kompem laaa moonah xnak kat dia.. tgk muke pon x ingin.. burok laa sgt.. hahah !

Kenyit Label ; Mukmin said...

gua..mahu...kawen sama omputeh! nama nk panjang sampai terbelit lidah orang melayu sebut.
baru moden!

azimsuhaili said...

izzat: akak kau la. kau mana ada bontot selebar beyonce kn? haha

hidayah: beruang la baru nampak hensem skit. haha. oh lupa, dr liza seorang janda berhias. dan dia ingin berkahwin dgn zack sebenarnya

kifi:kau nk apa dow? tak dapat aku nk memuaskan nafsu kau ni. haha

mukmin: sapeah haji darus. berbelit gak nak sebut. haha

izzat knowles said...

itu fake doe.itu semua injection je.kaka aku jealous dgn mariah.ok.

btw, what human want actually is happiness,its the way we achieve it that is wrong.

Kenyit Label ; Mukmin said...

sapeah haji darus tu bukan makwe sg.bil ke? tak market la amik makwe sg.bil....

gua tau peah tu bekas lu time korang mandi sg same-same!

the name is ASMA said...

Moona tu bodo sebab Zack dah berani mencuba tp last2 ditinggalkan si Zack tu. bak dtg Zack dekat aku. sure aku jaga dgn spenuh hati sbb urinary bladder dia sekarang tin coke. HAHAHA

faiz said...

sumpah best!

azimsuhaili said...

izzat: betul atau salah adalah satu tanggapan kolektif. hakikatnya mana ada benda betul atau salah dalam dunia selain yg dah termaktub dalam al--quran

sukmin: lu jgn main2 sg bil. byk ank lord kat situ. haha

asma: mcm meluahkan perasaan je kak? hek hek

faiz: wow bestnya! hahaha. thx2. kau jgn buat mcm ni lak dlm pmr