Thursday, April 29, 2010

Limfoma (jawapan yg korg cari sebenarnya ada dalam seluar eh dalam diri korg sendiri)

apa kata aku mulakan entri ni dengan satu soalan. hanya satu. sbb dari satu soalan ni ada rantaian soalan lain yg bederetan merintik mcm hujan dan kemudian membentuk satu kolam persoalan yg lainnya. kolam itu pula akan melimpah dan akhirnya membentuk satu lautan tanda tanya. soalannya : apa itu KEBENARAN?

simulasi atau eksperimenya mcm ni, Fendi (org bukan pokemon) telah ditangkap kerana membunuh Karim, seorang pembuat roti canai yg hidupnya memberi kegembiraan kepada org lain melalui makanan. dan polis berjaya memberkas Fendi di sebuah tapak perkuburan sedang cuba menghapuskan bahan bukti. Busted!

cerita sensasi Fendi membunuh Karim pun keluar dekat TV3 dan rakyat wawasan 2020, hadhari, 1malaysia (apa lg yg kerajaan label kita? masyarakat naif?) pun tgk dan ckp, padan muka Fendi. kau mmg patut kna gantung mandatori sbb ini adalah satu kebenaran dan kebenaran itu adalah hieraki paling atas dalam kehidupan. pada saat itu, kebenarannya bg seluruh malaysiana ialah Fendi itu harus dihukum sbb dia seorang pembunuh.

tetapi, setelah seminggu perbicaraan, didapati yg sebenarnya Karim ini pernah merogol kucing peliharaan Fendi sehingga melahirkan seekor anak, (er, apa bangsanya anak hasil kopulasi kucing + human = kuman?). dan tindakan Fendi ini tidak lain hanya untuk menuntut bela atas tindakan biadap karim yg tidak berperikebinatangan.

dan TVTB (TV Tak Bias) pun melaporkanlah sbb kenapa Fendi membunuh Karim. tapi, rancangan itu hanya ditonton oleh segelintir rakyat malaysia. lalu wujudlah satu komuniti yg menentang hukuman yg dikenakan kepada Fendi sbb bagi mereka Fendi itu inesen dan hanya mencari keadilan. dan akhirnya, penyokong Fendi ini menubuhkan satu pertubuhan bernama Gerakan Demi Keadilan (GeDiK) demi membantah tindakan kerajaan.

lalu berdemonstranlah GeDiK demi mempertahankan kebenaran mereka. dan kerajaan pun juga mempertahankan apa itu kebenaran buat kerajaan. dan terjadilah konspirasi, komplot, prejudis dan pertelingkahan antara GeDiK dan kerajaan. bg kedua-duanya, prinsip selain dr prinsip dan filosofi mereka tentang kebenaran adalah sesuatu yg haram.

soalannya dekat sini ialah, siapa yg benar sebenarnya? dan lagi penting apa itu kebenaran? ok bg aku mcm ni. kebenaran mana pernah wujud. ianya hanyalah satu terma konvesional atau pakatan komersial bersabit sesuatu perkara. kebenaran itu absurd. kebenaran itu ialah satu kegilaan manusia yg tak punya jawapan. kebenaran itu adalah satu pendapat kolektif yg dijadikan pegangan. hakikatnya, mana ada kebenaran dalam dunia.

kalau korg tgk td, mana ada pihak yg betul. Fendi itu tetap salah. kes rogol kucingnya itu tak menghalalkan dia membunuh org. kerajaan itu pun belum tentu betul. sbb adakah wajar terus menghukum seseorang itu bila kita lihat dia ada di ditanah perkuburan dan kita andaikan dia mahu menghapus bukti?

dgn rasa prejudis dan suspektus, kita boleh tembak sesiapa yg kita suka? kita boleh ISA kn sesiapa yg cuba bersuara? kita label pihak berlainan doktrin dgn kita sebagai subversif? adakah itu yg sepatutnya kerajaan buat? media pula dimonopoli menjadi instrumen propaganda dan provokatif dalam mem-brainwash rakyat malaysia. sampai akhirnya tercetus dua ideologi dan teori yg secara pangkalnya mempunyai tujuan yg sama.

hakikatnya, subjek yg paling signifikan dalam kes td sebenarnya ialah kucing. kucing itu yg dirogol dan oleh sbb kucing itu jugalah Fendi menuntut bela. tapi, kenapa org sibuk mempertikaikan sama ada Fendi itu atau kerajaan yg benar sedangkan perkara yg paling penting ialah membela nasib kucing itu sendiri? dan apa yg mereka buat ialah membiarkan nasib kucing itu begitu saja dan yg dorg kisah ialah mencari KEBENARAN. satu terma yg diorang sendiri tak pasti apa definisinya.

sebenarnya simulasi td ialah analogi untuk situasi politik dekat malaysia. dimana aku rasa rakyat itu atau kucing dlm simulasi td tak terbela pun. dan kedua-dua side ckp yg dorg nk membela rakyat, hakikatnya dorg sibuk membela prinsip dan ideologi dorg sendiri.

dan kalau nk ckp yg kau tu pemimpin yg berjiwa rakyat setakat pg mesin kelapa dekat kedai runcit, tgk longkang tersumbat, berpeluk2 masa kempen pilihanraya itu berjiwa rakyat, hentikan la. hakikatnya korg tak tau apa2 pasal rakyat. dan oleh sbb itu mcm mana korg nk berjuang untuk kami? dan akhirnya, kuman yg lahir hasil kopulasi kucing td akan jd penyakit pulak dalam society. kuman itu ialah aku, kau dan youth2 lain ni.


ok la. ckp byk pun tak guna. and kalau aku igt balik zaman sekolah dlu, bila aku ckp je pasal idea2 mcm ni sure masing2 mcm "eh, pahal kau? tak boleh fikir mcm tu. salah. kita ni kecik lagi. tak layak nk fikir pasal politik. bla bla". so sekarang dah boleh la? hanya beberapa bulan lepas sekolah terus melayakkan aku ckp pasal politik? atau itupun tak ckup layak? so bila? sampai aku nnt korup mcm otak2 politikus sekarang? ceh.


19 comments:

the name is ASMA said...

PEHHHHH!
aku tenganga :O

azimsuhaili said...

apa yg di PEHHnya? haha

deli said...

power gile

Kenyit Label ; Mukmin said...

azim, lu orang gomen.
pahal kutuk-kutuk gomen?
taknak naik pangkat?!!!!

kah kah kah
politik malaysia mmg sucks.
we all knew the truth.
the oldies is asskisser sbb diaorg punya otak pn dh 2x5 dgn gomen.
berite tb tu ibarat kitab paling tepat dan magnifikant.

ps:statment ISA ke ak ksi?

org biasa said...

sabar YB oii..tpikan semua ni terjadi sbb manusia sekarang semakin x berpegang teguh dgn ajaran agama...kira2 mcm jahiliah moden...dan kalau dah manusia x berpaksi pada agama maka terjadilah benda2 yg x sepatut..kebenaran itu ada!!ya ada!!tpi kdng2 kebenaran disembunyikan supaya manusia terus berfikir ,berfikir dan kembali memikirkan pada yg ESA..kalaulah ada mesin yg boleh mengukur tahap kejujuran ahli politik kan senang..x jujur terus reject..tpi semua tu x de..jadi sebagai manusia yg dikurniakan akal haruslah digunakan selayaknya...kalaulah semua ahli politik muhasabah diri,kes rkyt tertindas bagai x terjadi..tpi peratusan yg memuhasabahkan diri hanyalah sekelumit...so sad..

azimsuhaili said...

menyit: alamak. mcm mna gua nk jd turus ni. gomen marah. haha.itulah pasal. dlm tb pun berat sebelah apa kes? mana prinsip seorang jurnalis yg sampaikan berita secara telus?

komener: betul2. point kau pasal agama tu betul. and kau ckp pasal ahli politik yg korup tu pun betul. tu la sbb aku rasa tak ada guna pun nk ubah politik sedia ada. tak kan boleh. baik kita ubah mcm2 mna bdk2 sekarang fikir pasal politik, lagi untung

Farah Zayanah said...

masuk la politik. aku undi kau time pilihanraya :D haha tak tahu la ape jadi kat negare lepas tu. haha

hidayah . noriko . pelangi said...

aku x suke politik.. sbb bagi aku.sume cume nak tunjuk sape hebat.. tp lps tu ape jadi..xde ape.. lol

Anonymous said...

mana prinsip seorang jurnalis yg sampaikan berita secara telus?

persoalan ko niew menarik..tapi, percayalah, prinsip itu hanya pegangan ghaib semata2..

kenyataannya, media sentiasa berat sebelah dalam perkara yang berkaitan dengan kerajaan a.k.a pro-gov..

seperti juga subjek sejarah yang ko separuh mati mempertikaikan silabusnya dan melabelkannya sebagai penipuan abad ini kerana hanya menggambarkan yang indah2 belaka..

berbalik kepada media tadi, seperti kes allayarham aminulrasyid, kanak2 berumur 15 tahun yang mati ditembak polis, jelas sekali media begitu bias dalam hal ini dengan mempertahankan pihak polis walaupun kenyataan nya pihak polis seharusnya bertanggungjawab dalam kes ini..

aku cuma nak komen pasal ketidakadilan media sahaja.. yang juga ada sngkut pautnya dengan keadaan politik semasa.. namun, pendapat aku mengenai luhaan rasa mu ini, aku rasa mengkritik seperti in sahaja tiada guna.. kerana hanya suara sebelah pihak sahaja yang kedengaran.. mungkin di pihak yang berpolitik pula, mereka akan mengatakan mereka telah melakukan itu dan ini, buka pejabat sampai ke tengah malam bagi mendengar masalah rakyat..

jadi, kesimpulannya, masing2 punyai KEBENARAN tersendiri.. rasa2 nya, kau perlu menjadi golongan2 mereka dahulu, barulah mungkin konlusi KEBENARAN kau itu akan terjawab.. atau mungkin KEBENARAN kau juga akan jadi ideolagi KEBENARAN yang serupa dengan mereka2.. siapa tahu..

P/s: wahh, usha.. pnjg komen aku kali niew.. niew opinion aku jahh.. hahaha~

muhammad izzat said...

setiap kali kau tulis,
kau buat aku terus jatuh cinta
haha

azimsuhaili said...

farah: aku nk buat org tak payah sekolah atau nk pg sekolah tak payah pakai baju pun takpe. haha. undi tau.

dayah: betul2. kita mcm tu jgak. nk bayar duit masuk uni pun xde

8: haha. takpe. aku pernah bg komen lagi panjang dr ni. betul la tu. kita mmg boleh ckp dan bnda paling tepat ialah merasakan sendiri bnda tu. tp, akal itu juga tak semestinya salah

izzat: ah, parah kau. hahaha. jumpa doktor cinta cepat

cara.aku.sendiri said...

cool.post kali ni paling menarik dan MUDAh untuk aku paham.haha.
aku selalu pikir benda macam ni tapi tak tau nak translate.cayalah bro!

Anonymous said...

setiap kali ckp pasal politik, aku jadi TENSI . haha
-yanayana-

faiz said...
This comment has been removed by the author.
faiz said...
This comment has been removed by the author.
faiz said...

Well, politics are not always clean. But it's determiner on our country's state kn? n aku agree ngn hierachy pling tnggi is kebenaran sbb klau kbenaran xde, hancur la smua diporak-perandakan oleh org yg pndai amek pluang. lalu skepticalism pon lahir.

this one gempak la dude
at last ko ckp psl bnda yg general.
bkn sng nk cri journalist yg all rounder dlm smua hal.
keep up the good work man.

p/s klau ada masa lyan blog aku gk :)

azimsuhaili said...

cas: sure kau mcam raa ada satu titik2 yg rasa mcm membentuk imej, tp kau tak tau gambar apa kn? haha. sekarang aku tolong sambungkan titik2 yg berceraian ni untuk kau

yana: ok, ckp makan la kalau mcm tu. sure kau suka, haha

faiz: yes, mencari kebenaran mewujukan sikap skeptik pun

oh, aku seorang pembaca senyap :)

Anonymous said...

berkerut, kepala pusing, muka kelat, rahang jatuh. i get it after reading this post.

cheritera iman said...

yes. memang betul. dekat Malaysia, minor takda hak untuk mengutarakan pendapat. stereotype kita, yang banyak makan garam lah yang bagus sedangkan idea boleh datang drpd sesiapa saja despite umur atau pengalaman. kisah hang nadim dilupakan. im gonna steal your idea about that. thank you. (: