Friday, April 2, 2010

Sembilan Puluh Sembilan Belon Merah

"kdg-kdg hidup ni bukan untuk jd sempurna, tapi untuk menyempurna" - (Marcel Proust)

dan mungkin dunia mmg begitu. mungkin. dan kalau anda anggap anda terlepas daripada hakikat itu, anda mungkin silap. silap macam Deraman.

Deraman merupakan seorang pembuat iklan komersial. dia mampu mencipta satu desire yang adiktif dalam setiap plot propaganda iklannya. subjek itu walau sepicis mana, walau se-tak-komersial mana, boleh jd satu objek mesti mau dalam kotak setiap orang yg tersedatif dgn ganja iklannya.

cumanya yg hebat adalah ideanya. bukan dia. yg hebat cuma iklan ciptaannya bukan dia. dan sekali lagi yang komersial, pop, hip dan glamorus ialah aktor dan aktres dalam setiap iklan TiVonya yg cool tapi bukan dia.

situasinya sama mcm orang akan cakap "wah, cik carmen electra ni mmg sebuah subjek imaginari paling sempurna buat laki2 kerna punya buah dada yg ampel!". dan pujian itu hanya dituju buat carmen electra dan bukan Doktor Jusoh Nasution yg membikin buah dadanya jadi magnifisen sebegitu. el magnifico! (yes doktor dia org m'sia. gua tau. gua pun terkejut dude!)

dan secara teorikalnya, mmg susah nk mempromosikan diri sendiri dari org lain. nak nak lagi Deraman ni sememangnya hodoh nak mampos! HODOH you know? seburuk Zambri sepupu Lisa budak Cheras yg punya selara makan mcm pterodactyl dan buruk lagi dari Kudin Jali seorang pemgembala ikan lumba-lumba. sejijik itu rupa parasnya.

akan tetapi dia juga lelaki yg punya nafsu. jadi apabila ada parti2 koktel dia pun akan pergi dan berkonversasi dgn wanita (yg semestinya berbontot lebar). dia akan ckp tentang iklan ciptaannya itu tanpa memberitahu yg sebenarnya iklan itu dia yg cipta.

perempuan itu pun akan memuji iklan ciptaannya itu yg sungguh fiksional. terutama ada satu babak dalam iklan racun perosak dimana artis2 instant dari rancangan realiti tv memakai kostum nyamuk dan disembur menggunakan Ridsect oleh gergasi. dan mereka pun lari lintang pukang balik ke sarang asal mereka.

but somehow dude, reality bites

detik Deraman mengaku yg iklan itu semua ciptaannya, segala perasaan suka terus jd benci. segala berahi terpendam terus jd maki. dan begitulah setiap perempuan koktel yg ditemuinya. sbb yg hebat itu iklan ciptaan dia, bukan dia.

genap kes ke-24 deraman di malukan sebegitu rupa, deraman mula mahu bunuh diri. dia mahu reka satu epik susaid yg paling komersial supaya matinya nnt adalah satu cerita lagenda yg akan dikenang sampai bila2. dia berharap begitu. walaupun hakikatnya, tiada siapa yg peduli. tapi dia berharap begitu. ya, begitu.

sembilan puluh sembilan belon merah kesemuanya. dan petang itu langit Bangsar bakal menyaksikan seorang pari-pari kecewa terbang berlatar langit jingga dgn sembilan puluh sembilan belon merah yg dibuatnya menjadi sayap. dia ikat tetali halus dan galasnya di bahu. dia ialah pari-pari belon yg bakal popular.

dan buat beberapa saat, seluruh kota metropolis itu menyaksikan dia. buat beberapa detik lagi, semua orang bakal mengenalinya. ya, keadilan akan benar2 wujud sekarang kata deraman. tp mcm banyaknya kisah2 kemasyuran, semuanya mana pernah bertahan lama. temporari.

dan satu persatu belon merah daripada sembilan puluh sembilan belon kesemuanya, terbang membawa haluan sendiri. terbang dan akhirnya membiarkan graviti memakan limitasi apungan deraman.

tinggal lah deraman sekujur dgn ke-glamor-annya yg sementara
tinggal lah segala duka sepi dan lara
sembilan puluh sembilan belon merah kesemuanya
masing2 terbang dibawa angin menuju ke suatu destinasi
suatu destinasi yang tak pernah pasti


"manusia ini hakikatnya bercantuman dengan satu rangkaian halimunan yg membuatkan kita secara naturalnya berhubungan antara satu sama lain walaupun sejauh mana kita berada .cumanya kita yg tak pernah menyedari
(Appolodorus)

9 comments:

azimsuhaili said...

*nota: actually aku tgh kehabisan bahan baca. so kalau ada sesiapa yg baca ni berminat nk sambung cte ni aku alu-alukan gila (walaupun aku rasa xde) haha. kiranya mcm belon merah tu terbang kat korg dan dari situ deraman ni ada kaitan ngn karakter2 fiksyen korg atau yg aku dah mention. lebih kurang mcm tu la. kalau ada yg minat la. sambung and bg aku bce. tu je.so, bye

tims said...
This comment has been removed by the author.
tims said...

even if appolodorus is right,
i still miss you :(

azimsuhaili said...

tim: i know. imyt

Kenyit Label ; Mukmin said...

mungkin ko ptt smbng dgn lain-lain tajuk lagu

the name is ASMA said...

aku nak sambung! boleh ke ?

tapi aku ada ending jela. kau nk terima ke ? lantaklaa kan aku nak bg gak idea aku. akhirnya Deraman meninggal dunia sbb mati di bunuh oleh seekor dinasour merah putih berjersy Man U sambil berkata; wow! indahnya alam ini.

sekian. hihihihihi :))

azimsuhaili said...

min: tajuk lagu apa lagi, she have a girlfriend now by save ferris? hahaha

asam: wow! awaklah penulisyg dikhabarkan mempunyai daya imaginasi yg sgt super. saya mmg kagum dgn ending awak. saya rasa kalau dbp, alaf 21, sfp, dan elarti baca awak pnye ending ni, hanya dgn baca huruf pertama je dorg terus amik awak kerja. hanya dgn huruf pertama! wow! hahaha

Farah Zayanah said...

ok maksud kesampaian setelah aku bace 2 kali. kita memerlukan antara satu sama lain untuk menyempurna kan diri masing masing. ke?

azimsuhaili said...

fara: yes, kau bijak. maksud cfiksyen pendek ni secara mutlaknya ialah, kdg2 hidup kita ni bukan tercipta untuk jd senpurna, tp untuk meyempurnakan hidup org lain.