Wednesday, May 5, 2010

Pasca Trauma






(setiap abjad, perkataan, emosi, dan sampai noktah dalam entri ini adalah benar )
belaka aku harap tak ada siapa yg tanya aku lagi pasal eksiden ni.
aku betul-betul nk roketkan rasa takut aku ni
jauh-jauh dari paksi bumi



petang isnin rutin dengan trafik ulang alik masyarakat gomen pulang kerja dengan nafsu tandus sementara.
putrajaya mmg cantik bila petang. dgn pencahayaan senja natural yg orgasmik ditambah lak dgn tasik artifisial, kalau amik gambar mmg kalah nikmat malam pertama.

jadi aku amik kunci kereta, terus menuju ke terminal tak pasti. semuanya rasa sama. tak ada premonisi awal mcm final destination atau nota psiko mcm dalam saw. semuanya terletak dekat tempatnya, semuanya terkemudi seperti yg selalunya.


so, aku terus ikut jalan biasa nk pg ke spot yg aku nak, lalu satu simpang depan Jabatan Peguam Negara. masa tu suasana masih sama. trafik light berkelip kuning tak berfungsi, deretan bas dan kereta di tepi simpang yg menghadang jarak pandang. semuanya masih nampak tipikal dan statik.

sampailah saat bila aku ambil keputusan yg jalan disebelahnya benar-benar kosong, benar-benar layak untuk aku lintas, naratif hari klise itu berubah. aku lintas dan terus lintas dgn tenang. tiba-tiba, entah dari dimensi mana, ada satu objek halimunan yg muncul dari vakum melintas depan kereta aku.

detik kereta aku langgar sisi kereta kancil tu mungkin adalah detik paling histeria dalam hidup aku. bayangkan la, dia jadi betul-betul depan mata aku. impak kolisi tu buat kereta tu melambung ke udara sambil berpusing dan terbalik berseretan dkat jalan. semua tu aku nampak dan aku igt.

masa detik tu sumpah rasa mcm dunia ni palsu. mcm tgh menjalani satu simulasi paling jitu dengan realiti. jadi aku berhentikn kereta, bukak pintu dan berkaki ayam keluar ke arah kancil yg dah remuk dan terbalik tu.
aku tgk kereta tu dah terbalik dan kaca bersepahan. aku sampai, aku jenguk dalam kereta tu ada tiga perempuan yg masih terkejut dan separa tersepit.

aku nampak ada beg konvokesyen. aku nampak ada sorg perempuan yg mengandung. aku nampak ada kepala yg berdarah. so aku capai perempuan mengandung tu dan keluarkan dia. pastu sorg perempuan lagi dan akhir sekali perempuan yg berdarah dekat kepala. aku peluk perempuan tu tarik dia keluar dan ada org bwak dia pegi tepi jalan.


aku masih tak tau nk respon macam mana time tu. semua mcm bercelaru dan aku still rasa semua tu palsu. sampai la perempuan berdarah dgn mengandung tu di bawa masuk ambulans dan beberapa minit lepas tu disahkan tak sedarkan diri dalam bilik kecemasan, dinding konkrit realis aku pun pecah.

sumpah aku terigt arwah ikhwa masa tu, yg buat aku sedar nyawa tu fragil mcm kaca. dan apa akan jadi kalau kandungan perempuan yg sorg tu gugur. apa aku nk jawab bila minah yg baru habis konvo tu ada alami kecederaan kepala yg serius lalu mati jgak? apa aku nk buat? apa aku nk respon? apa nk jadi lepas tu?


buat masa tu aku betul-betul hilang akal. aku jadi paranoid amat. dgn muka kebencian org-org yg lalu lalang. polis-polis meronda yg ketawa tak henti-henti. kereta yg dah barai dan kemungkinan paling buruk yg bakal terjadi dekat hospital. aku betul-betul hilang akal masa tu.

dan baru aku sedar kebenaran apa yg mak kau ckp yg, mat rempit tu tak guna nasihat atau bgtau yg kawan dia tu tersepit celah mana ke, tak guna. dorg akan berhenti kalau dorg yg sendiri tersepit bawah lori pecah kepala. dan secara relatifnya, sama mcm aku. walaupun aku bukan la mat rempit atau org yg selalu bwk kereta gila2. tp kalau tak jadi macam ni, mungkin aku takkan sedar.
tp last sekali, semuanya ok. tak ada kematian atau kecacatan kekal ke apa. kandungan perempuan tu pun selamat. cuma yg parahnya kereta la.

so sekarang secara ikhlasnya, aku mmg trauma dan takut gila. bukan just nk bawak kereta ke apa, infek semua bnda. sebab perkataan kalau tu buat aku terseksa. aku asyik fikir kalau la ptg tu aku tdo, kalau la ptg tu aku lepak rumah dan tgk adamaya ke apa, kan tak jadi apa-apa. dan sekarang aku nk buang perkataan kalau dalam vokab rehab aku. cuba jadi realis balik. sbb dalam dunia ni mana ada kalau. yg ada cuma jadi atau tak, tu je. so kalau dah jdi. hadap je la.

dan lagi, aku tak tau la ni sebagai satu peringatan atau petanda atau apa la kn. eksiden aku ni betul-betul jadi dekat depan Jabatan Peguam Negara dan jalan yg aku lalu tu sebijik jalan aku pg interbiu untuk skolar JPA dekat PICC. sampai satu tahap aku rasa mcm Tuhan nk tunjukkan dekat aku yg karier path aku as a lawyer nnt akan crash, berlanggar dan bekecai mcm eksiden aku ni. lg kuat aku sangsi pasal law course ni bila aku kalah berdebat dgn Sarjan Zaman dan disabitkan bersalah. mungkin. ya mungkin.

sekarang aku masih jalani hidup dgn normal. baru je dua hari hal ni jadi dan sumpah aku ckp aku mmg paranoid dan trauma dgn kereta sekarang. kejantanan aku betul2 diragut masa eksiden tu. so, kepada bakal-bakal bini aku, maaf ya yang kalau abg tak perform mlm pertama. abg ada sikit pondan sekarang. haha. tp alhamdulillah aku masih hidup. segala syukur bagi Allah. gila syukur.


peringatan: kalau korg ada buat salah mcm tak tampal P ke apa, dan korg lepas roadblock jpj, aku nasihatkan korg hati-hati atau terus balik je rumah. sbb dalam dunia ni ada karma dan korg takkan terlepas dgn perbuatan korg.