semalam lepas habis kelas Zara terus dtg jumpa aku. muka dia nampak penat lesu mcm seluruh mitokondria dalam sistem badannya teradiasi lalu mati meninggalkan sel badannya haus teroksida.
petang tu hujan, rintik.
Reza, dia ckp. ya,
I rasa i dah tak boleh bercinta dengan you lagi la, dia ckp. kenapa,
Sebab, entah la.
sambil dia berlari pergi meninggal aku terintik basah dgn molekul air yg jatuh berderai dari altitud luka. hati aku rasa mcm plat-plat domino yg berderetan jatuh, pecah, retak dan bersepahan lalu terbang ditiup angin. mcm , er mcm. ahh mcm pukimak la senang cerita.
kau bayangkan la, dah seminggu kitaorang couple (lama la tu nk compare dgn episod cinta aku yg dulu yg hanya bertahan untuk satu jam super saver), dia boleh buat aku mcm ni? setidaknya gufren-gufren gampang aku yg terdahulunya tinggalkan aku atas bermacam sebab. sebab aku tak ada seekor unikon untuk dibuat hadiah hari jadi la, sbb aku ckp Justin Bieber sebenarnya seorang transeks yg tak punya penis la.
mcm-mcm. cumanya yg sama antara semua sebab dorg tu ialah dorg mencari alasan minor untuk diperbesarkan. tapi walaupun minor, setidaknya masih bersebab. tp bila aku tanya Zara kenapa dia nk tinggalkan aku, dia ckp ENTAH? dari jutaan perkataan yg dia boleh pilih untuk dijadikan sbb paling tak relevan pun, dia pancutkan entah?
kau tau tak rasanya mcm kau punya jutaan dosa yg kau buat dekat dia, dan dia suruh kau pilih yg mana satu paling konkrit untuk dia jadikan alibi perpisahan.
sumpah aku ckp, kalau dia suruh aku cari jawapan kepada entah itu dekat jutaan plenet-plenet misterius dalam ruang angkasa yg semakin berkembang, aku sanggup. aku rela buat satu kapal angkasa dan berekspedisi mencari jawapan dalam kluster-kluster bintang yang aku tak tau apa-apa tentangnya dan mungkin mengambil masa jutaan tahun cahaya.
dan kalau dia ckp jawapan tu sebenarnya ada dekat kehidupan aku sebelum aku jd aku yg sekarang, aku sanggup cipta mesin masa dan berkemungkinan bertempur dgn haiwan mistik dalam perjalanan aku mencari jawapan kepada perkataan entah. entah? eh lancau minah ni. dia igt dia cun habis ke? erk, mmg pun. hihihi. ah tak kira. kecantikan bukan lesen untuk dia bakar hati aku sampai rentung. mesti ada sebab.
esok harinya aku dtg kelas aku tgk meja ktorg yg dulunya ada dua dekat bawah kipas belakang dah tinggal satu. tulisan-tulisan cinta yg aku tulis dgn dia atas meja masa kelas agama yg bosan, habis dia liquid dan padam.
aku seorang duduk betul-betul bawah kipas. haluan angin mono berpusar mengelongsong badan aku, sepatutnya dingin. tp berpusaran menjadi kabus amarah.
aku dah nekad, aku tak akan biar plot-pot tanda tanya aku ni mem-pondan-nisasikan genetik jantan aku untuk mengetahui jawapan. habis kelas sejarah, aku terus tarik tgn dia dan bawa dia bawah pohon jambu belakang kelas.
erm, kenapa ni, dia ckp. i yg sepatutnya tanya kenapa,
oh, tapi sebelum you ckp apa-apa i nk you tau sesuatu, dia ckp. apa dia,
erm, entah la.
hati aku dah mula berdemonstran. semacam matahari yg kehabisan bahan bakar mula melakur gas helium untuk keterlangsungan hidup. boleh dia jwb ENTAH lagi? aku dah mula nk rembat muka comel dia tu. tapi tiba-tiba dia capai tgn aku. lantas perlahan dia angkat dan dia letak dekat dinding pipi dia.
i bukan mcm apa yg you fikir, dia ckp. kenapa,
sbb i bukan mcm apa yg semua org fikir, dia ckp. yela tapi kenapa,
entah la,
dan selepas itu dia pergi lagi. sama macam hari semalam. pergi dan tinggal aku sendiri berhipotesis tentang sejumlah infinit benda yg tak berpenghujung.
dua hari lepas tu aku jumpa dia dekat kantin tgh makan nasi ayam dgn Zahirul (oh aku tak bgtau korg ke yg dia kalih meja letak dekat sebelah meja mamat hensem tu? siap gam lagi kau). dan aku rasa, aku masih cinta padanya,
bodohkan?

14 comments:
ending dia apa? zara dgn zahirul?
dari mula cakap ENTAH, cakap je la da kapel ngan orang lain. HAHA !
konklusinya zara dengan zahirul. the end. *___*
mcm pundek doh zara ni,
suka cakap ENTAH mcm kau aaah doh.
buat mangat sekali bila tny kenapa ? mcm mana ?
jawapannya pasti ENTAH ?
hahahaha (Y)
ow,
macam ada selumbar tengah-tengah aorta dengan vena pulmonari aku masa baca ni.
zati: ending dia. zara bersetubuh dgn zahirul lepas habis kelas sivik dan kewarganegaraan (sivik mmg buat org jd horny kn?)
dayah: haha. tu la. bijak bijak :)
asma: kau secara halusnya nk ckp aku pundek gak la kn? hahaha. aku faham, takpe
iman: eh kenapa? tulisan aku kali ni berkayu ke? :))
HAHA. mcm bodoh ajar adk benda lucah. HAIYO
dude,
tajuk lu memang ngam dengan situasi gua time kat CM ari tu.
pasal lu tak post awal-awal,
kalau tak melekat jugak makwe sorang dua.
zati: basic instinct zati oi
mukmin: HAHAHA. eh lu dgn selipar lu tak ckup buat org tertanya-tanya, siapa mamat yg punya aura hensem yg super dahsyat ni? haha
art beb,
ART.
jgn soalkn kalau nk hidop lame
HAHAHA
nice one.
tak sia2 ckgu ajar.
chem,phy,bio.
ada ilmu,apply.
that's the word.
bagos!
like the title tuu..and the content :D
ah.
perempuan mcm ni selalu cari kesempurnaan. tapi dia tak kan jumpa sampai bila-bila.
nice ah.
Terbaik!
ni cter pe ni??bkan skola ko xde pom ke???ke watak pom 2 sbnarnye laki..hahahaha
Post a Comment