Saturday, June 5, 2010

Surat Cinta Buat Marsha Milalondoh

winter yg lepas Karim pergi berjumpa dengan Bidan Temah berdiskusi tentang kemarau cintanya. lalu Bidan Temah mengatakan dia akan berjumpa dengan cinta hatinya yang bernama Marsha Milalondoh jika dia letakkan sepucuk surat di bawah pasu rumahnya pada setiap pagi dan ambil surat balasannya pada sebelah malam.

Karim tersenyum lalu keluar sebelum Bidan Temah sempat bercerita tentang deskripsi Marsha Milalondoh cinta hati Karim. sbb Karim dah tak peduli. dia cuma tahu yg Marsha Milalondoh itu seorang penyanyi yg punya badan lentik, punggung lebar, suara manja yg akan jd miliknya.

dan Karim terus jd berahi. Karim terus baca dan cuba hafal sejumlah perkataan indah yg infinit dalam ratusan kamus bahasa.

kerana dia mahu setiap surat cintanya itu nampak seperti seekor kucing kelabu yg punya reben merah atas kepala dan berlari anak terus ke riba Marsha. lalu bergesel-gesel pipi dgnnya. ataupun dia mahu suratnya nmpak seperti dia seorang Hercules yg memakai tuksedo yg akan menyelamatkan Marsha ketika raksasa tong sampah cuba mencederakannya.

walaupun sebenarnya dia tidaklah secomel dan sekuat itu. tp dia mahu nmpak begitu.

lalu dia tulis sepucuk surat pada pagi keesokan hari dan letakkannya di bawah pasu, dan sebaik sahaja dia tindihkn surat tu dengan pasu dia pun terbang bersama fantasi surat balasan Marsha. dia berhipotesis tentang eksperimen cintanya setelah dia menggunakan bahan uji kaji ayatnya yg mengundang

"kalaulah kita berdua ditakdirkan dari awal menjadi biri-biri atau haiwan yg tak punya undang2 sebat zina. sudah tentu aku yg pertama merogolmu"

dia senyum sendiri. dan seorang wanita bisu, comot, busuk dan berkaki ayam yg memerhatikannya juga turut senyum padanya. pematah ereksi. lalu dia memalingkan muka terus beredar pergi.

dan malam itu Karim tidur kebasahan apabila Marsha cinta hatinya membalas

"oh ya? kalau aku ada mesin masa pula. akan ku kembalikan masa kau seekor biri2 merogolku. supaya aku dirogolmu berkali2. hikhikhik"

Karim-Marsha. jurnal cinta tak berpenghujung. mereka terus berutus surat dari hari ke hari. di atas kertas.,tiada satu objek pun yg mampu menghalang cinta mereka. mereka sudah ketemu cinta sejati. mereka mmg dilahirkan untuk bersama.

lalu musim mengawan pun tiba dan karim berhasrat untuk berjumpa dgn Marsha secara terus bersemuka. dan pada pagi itu 27 oktober, Karim menunggu ketibaan marsha pada masa dan tempat yg dah ditetapkan. Karim adalah org paling gembira pada pagi itu. karim bakal punya awek mcm bidadari malam.

lalu jam berpusing meninggalkan karim. dan marsha tak kunjung tiba. yg ada betul2 dihadapan bangku tempat Karim duduk ialah prempuan yg sering kali senyum pada karim yg bisu, comot, busuk dan berkaki ayam. dan ereksi Karim patah lagi. karim jadi bengang. lalu dia pun naik papan selajunya terus ke rumah marsha (dia tau rumah Marsha si penyanyi. cumanya dia tak pernah dijemput).

* dlm gerak perlahan

dia masuk meloloskan diri dari pengawal yg bertugas sambil membuka tali pinggangnya dan terus melucutkan seluar. lalu dia menjerit "marsha. biri2mu sudah datang." dan marsha menjerit sambil menutup mata.

bunyi pistol. rasanya mcam ada org kna tembak

dan apabila Karim sedar dia sudah berada dalam lokap berdarah di hati. dia sgt kecewa kerana Marsha Milalondoh si penyanyi rupa2nya berdusta dlam surat2 balasannya. karim mersakan cinta sejatinya dah ternoda.

atau mungkin tidak.

lalu dari entah mana datangnya. secebisan akhbar terbang ditiup angin lalu masuk ke dalam sel karim melalui lobang tingkap. dan akhbar itu bertulis

"seorang perempuan yg bisu, busuk, comot dan berkaki ayam ditemui mati di TTDI semalam. dia mati akibat keracunan logam karbon yg bersumber daripada surat2 cintanya yg ditelan. dan dia mati. mati disini sendiri. ya Karim. sendiri."

lalu Karim menitiskn air masinnya mengalir yg di pipi. dan buat pertama kalinya sejak winter yg dulu. malam Karim kering. gersang. dan mungkin kerana hatinya kemarau kembali.


nota: sebuah fiksi yg dipetik dari zine Komplot Telepopmusik Ke Bulan oleh Azim Suhaili (eh mcm nama sendiri je?) hahaha

9 comments:

faiz y. said...

hahahah,
kesian karim, kesian jugak perempuan bisu,busuk, comot dan berkaki ayam tu. nice story.

azimsuhaili said...

karim hormon terlebih siapa suruh. haha.

hidayah .norikochan said...

best dow. huhu sian kot minah comot tu. lol

Asma Zahari said...

FUIYOOOO!
ada zine sendiri tuuuu (Y)

awesome!

azimsuhaili said...

hidayah: nnt kalau ada buku jgn lupa bg aku satu ya :)

sister asma: kau menganjing mmg nombor satu

hidayah .norikochan said...

ouh azim, kalau aku ade buku? kau cakap ape ni? haha !

Anonymous said...

boring

ali nur farah said...

hey hey hey...salam ziarah!!

=)

Anonymous said...

hahaha, kelakar. sungguh!