ah sakit,
mmg sakit kalau hati kita dah tercabut dari jasad
dan terbang mendarat dekat hidupan lain.
cumanya ini satu peristiwa rahsia
yang punya sifar kemungkinan untuk diketahui oleh mono-zarah sekalipun,
ya, sifar pengadilan diskritif untuk semua
termasuk kau punya hati.
****
aku selalu nampak dia melintas depan aku dalam tiap hari-hari rutin (tak berperasaan), dengan tas warna hitam dan rambut tutup dahinya. dia lintas dan secara sulit meninggalkan jejak fragran stroberi di belakang dan buat kaviti aku edan megikut jejaknya sebelum terkondensi dalam zarah udara.
aku selalu nampak dia makan di meja paling hujung dekat kafe sambil dia hirup kopi pagi dan tinggalkan kesan dekat atas bibirnya. kemudian dia lap perlahan guna tisu jernih, sambil senyum manja.cumanya, aku rasa aku saja yang nmpak dia dan bagi dia, aku mungkin halimunan dalam kosmos yang semakin berkembang. sifar mutualisasi total.
dan setiap kali aku nampak dia jalan keseorangan menuju hentian bas, secara sulit aku bayangkan yang dalam 5 bulan lagi aku akan isi ruang kosong di sebelahnya sekarang (selain dari bayangan yang kemungkinan aku ditangkap oleh ayahnya ketika asyik bermukah dalam mobil).
cumanya, perasaan tu macam ubat yang punya limitasi dos. yang pada awalnya mengubat, lama-lama jd kanser buat kau sakit. rasanya mcm jutaan busur-busur imajinari tertusuk tepat dekat setiap unit torso kau bila mana kau baru tersedar yang nama dia pun kau tak tau siapa. tapi aku rasa nama dia J. mungkin Jenab, Jun, Jenah atau apa probabiliti sekalipun yang aku tau (sebenarnya rasa) nama dia J.
tapi walau sesuka mana aku dekat dia, aku tak pernah tegur dia. aku simpan perasaan tu dalam kotak hati aku yang hanya aku punya akses ke dalamnya. sebabnya takkan la tiba-tiba aku nak muncul entah dr mana dekat depan dia dan cakap,
hi J, saya suka awak gila. selain dari faktor awak punya sepasang buah dada yg besar, perasaan saya ni adalah perasaan yang paling dalam.
dan macam mana plak kalau selepas aku ckp mcm tu dekat dia, dia akan ckp yang,
saya tak mungkin akan suka awak balik, selamanya. sebabnya, selain dari faktor yang buah dada saya ini sebenarnya palsu, perasaan saya takkan pernah wujud untuk suka orang picis macam awak yang cuma punya kucing hitam nama Sandy dan kasut Chuck Taylor bundle.
bila fikir tentang kemungkinan, buat aku jd pusing.
dan senja semalam, lepas aku bangun tidur aku terus bukak Fesbuk. aku tgk ada satu friend request. mula-mula aku tak ada perasaan sebab dah mmg kitaran Fesbuk add, lepas tu didispos jauh-jauh. sampailah bila aku tau yg add aku tu ialah J, aku terus jd gelabah.
mcm mana kalau dia bukak photos aku dan nampak gambar ketiga dalam album "Shuke-Shuke Camwhore" bila mana aku tgh buat pose macam Ashanti mengigit bunga. mesti dia akan ada pre-konsepsi yang mengatakan aku sbenarnya tak punya jantina dan mungkin bukan lelaki. dan macam mana plak kalau dia igt aku tu, atau aku ni?
fak, entah-entah aku yg paranoid lebih. aku hanya harap paradigma aku yg salah.sbb hakikatnya hidup ni mmg paradosikal
petang tu senja aku mmg panjang. mungkin yg terpanjang daripada senja-senja panjang aku yg lainnya. J dan aku ckup mesra bila mana dia tegur aku dekat IM dgn ckp hey, u la yg jatuh longkang td tu kn? dan ketika itu hati aku terus luluh cair mcm terbakar dgn bahang matahari. J kenal aku dude! keh keh.
lepas 20 minit berchatting ktorg berdua diam tak tau nk ckp apa dah. mungkin dia malu, mungkin dia bosan. entah, sbb aku tak kisah. setidaknya aku punya sebab nk tegur dia bila dekat dunia sebenar nnt. mungkin, cuma sebab tanpa eksplenasi.
*sekarang
50 meter
aku betul-betul berhadapan dgn dia. dia dalam satu laluan dengan aku dari arah bertentangan. aku dan dia, cuma berdua dalam satu ruang jalan kaki yang lengang. tp aku lihat dia dari jauh tanpa ekspresi memandang aku tetap dgn tas hitam dan rambut menutup dahinya. dan setiap langkah, aku mimikirkan permutasi kejadian yg mungkin berlaku.
15 meter
dia masih jalan dgn tanpa perasaan. cumanya, aku jd gubra.
0 meter
aku dan dia berselisih bahu. tp entah kenapa dalam beberapa milisaat semasa peristiwa itu terjadi aku dapat rasa dia berhenti dan mungkin bercakap tentang sesuatu. dan untuk beberapa milisaat itu aku rasa aku bukan aku. dan buat beberapa milisaat itu lagi aku dah sedar. yang dia mmg bukan untuk aku. cumanya kaviti aku masih edan dgn jejak fragran stroberi yg ditinggalkan dia. mungkin cuma itu yang dia bagi untuk aku rasa.
-20 meter (dan dia pergi. jauh meninggalkan aku bermeter-meter)
sakit, mmg sakit kalau hati tercabut dari jasad dan hilang tempat mendarat lalu jatuh berkecai atas jalan bertar, lalu digilis dgn bas awam. babi betul, sakit kau tau?
petang td, aku dapat tau ada org pun sama mcm aku. dia kepil kisah berselisih dgn lelaki nama F dan plot-plot ambigu dia ketika berselisih dgn F dalam satu surat dan dia poskodkan ke bilik aku. entah kenapa dia tak bg aku terus. mungkin dia malu, mungkin dia hormon. sama macam aku sekarang ni. cumanya F dalam surat itu ialah aku.
dan ironiknya, 5 bulan selepas itu, dia yg isi ruang kosong sebelah aku.
dan aku lg suka begitu,
(dan secara sulit jugak aku harap J merana dgn boifren baru dia)
****
Inersia ialah suatu kecenderungan objek untuk kekal diam dan hanya akan berubah bila ada kuasa luar yang menggerakannya. akan tetapi, inersia juga ialah kecenderungan suatu objek untuk kekal bergerak dan juga hanya akan berubah bila ada kuasa yang memberhentikannya.

26 comments:
is it a true story???
haha..:D
:) tak la. mcm biasa la, fiction. tp base on observation orang lalu lalang
oh really..but sound like ur own pngalaman..
ecehh..haha
inertia. haha fizik tu dow. benci aku. btw kau relate word inersia ngan cite ni, superb beb !
kalau ni cerita batul kan bagus. kenapa kau tak wujudkan kisah mcm ni dlm hidup kau? atau ni memang apa yang kau harapkan akan berlaku satu hari nnt.
cdnckn: tak lah :)
dayah: hahah. aku pun tak suka fizik. and kau faham relation inersia dgn fiction ni kn? cool :)
anon: kalau betul kn bagus? kenapa lak?
maksud aku kalau perkara mcm tu betul2 berlaku pada kau dan aku lah yg jd gurl tu kan best(kalau aku yg jd gurl tu ending dia mesti berbeza).. hihihi.. btw, cerita ini sgt menarik biarpun hanya sekadar fiksyen. idea kau sgt hebat sbb menggunakan konsep fizik.
hahaha. thanks, maybe aku kena terima hakikat aku still suka sains :)
dah jumpa si j ke? ;)
walopon aku x suke fizik, tp aku bole faham ape yg kau tulis, haha !
tim: j? j mana? ni just satu lg fiksyen la
dayah: cool,
walaupun fizik aku waktu spm lg sikit je nak fail, tp aku pon faham fiksyen kau ni. ahaha
anon: :D oh ok, thanks for reading. and physics sucks kn? haha
i know its just a fiction.
haha. klaka ade gak. tp brdasarkn komen2 atas ni, hanya fiction je eh? btw,best cerita anda. :)
hai azim.
saya la J tu
tim: ya, i tau you tau :)
sara: yes, total fiksyen. anyway thanks for reading :)
anon: hi J (tp aku tau kau bukan J sbb J ckp "hye" bukan "hai"
apa beza hai dan hye ?
anon: apa besa tiut dgn cute? apa beza je dgn jew? kau boleh beza kn org melalui lingual
Aku suka yang ni. Lelaki memang punya perasaan macam tu ya, takut-takut dengan perempuan yang dia suka?
yeah. sbb dia simple je. kita lg takut dgn org yg kita suka sbb kemungkinan. kita takut dgn kemungkinan. if dia tak suka kita mcm mana kita suka dia. tak ke teruk rasanya. lg baik tak rasa apa-apa dr sakit
blog ko sgt hiperbola doe
hiperbola? haha. oh ok. kalau bola-bola ikan boleh makan. lg bagus kn? hahaha
dunia khayalanku telah dihidupkn oleh kuase sakti setiap hurufmu. terima kasih.
inertia=love.hahhaha
REALISTIC TYPO PERV :P
Post a Comment