Wednesday, September 8, 2010

Nora Zen

Nora kenapa Nora? kenapa kau buat mcm ni dekat aku Nora?
"sebab, suka hati aku la"
Nora kau tak kesian dekat aku ke Nora? apa yg kurangnya aku kalau nk dibandingkan dgn Hamsyi budak Kg Baru tu Nora? tah la rempit, jerawat, jual burger.
"eh kau ckp elokelok sikit. i loike mat rempit. kalau naik ada vroom vroom. ada angin lagi. eh kau apa ada, setakat basikal repair apa la sgt"
Nora I love you Nora
"so?"
Nora! sampai hati kau tak sambut cinta aku Nora. aku rasa aku nk nekad gantung diri pakai tali gitar bass sekolah dekat tghtgh kelas kita Nora. biar kau menyesal.
"oh ya? kalau mcm tu send my regard to satan. to the hell fucker" sambil menunjukkan jari tengah.

pecah, berderai, rabak. aku rasa hati aku mcm plat domino berderetan jatuh satu persatu menghilangkan struktur asal bentuk hati. masuk ni dah 4 kali, Nora, perempuan idaman sekolah aku, tolak cinta aku mentah-mentah.

Nora, nama perempuan tu Nora. dia ialah perempuan paling cantik dekat sekolah aku. harihari aku nampak dia pakai baju sekolah dgn skirt paras lututnya. baju kemeja yg terbukak sampai 3 butang dr atas yg menampakkan lurah badan. kaki dia yang halus, tengkuk dia yang mulus, pipi dia yg melepak macam salji dekat antartika boleh buat siapa saja ghairah dgn stimulasi asmara dr susuk badan sempurna, Nora.

ke tepikan sub-faktor yg dia ada latenight moustache dan tragedi aku nampak bulu ketiak dia yg panjang sampai boleh ikat tocang masa Pendidikan Jasmani, kalau kita tolak faktor itu dia mmg perfek. mungkin bidadari ialah kata nama lain untuk dia. secantik itu. persis itu.

dan dari pada byk hatihati yg tercabut terbang pergi kepada Nora, lalu berhinggapan di atas bajunya yg kemudian dia kuis pakai tgn halusnya lalu berjatuhan la, berderai, pecah bersepahan di balkoni kelas, hati aku adalah diantaranya. tp aku tak pernah serik, sbb aku dah mmg masyuk dgn dia. dalam sgt perasaan aku dgn dia, Nora.

aku pernah tulis untuk dia sekajang sajak berdakwatkn darah aku sendiri untuk melukiskan rasa suka aku dekat dia. tp akhirnya, kajang sajak yg aku bg tu dia buat lapik duduk masa perhimpunan.

aku juga pernah petik bintang-bintang mini dekat angkasaraya masa hari jadi dia yg ke-16. aku kutip, kumpul dalam satu balang dan jadikannya semacam lampu kryptonait untuk dia buat lampu tidur. tp aku dapat tau dia buang bintang-bintang mini aku tu dalam longkang. sbb dia kata "ala bintang mini je? i nk matahari".

dan paling sakit ialah masa aku tingkatan tiga bila aku nekad pergi bengkel masakan kelas Nora untuk luahkan perasaan aku dekat dia. aku confess dgn Nora, tp dia tak percaya. lalu aku ambil satu pisau pemotong daging dan secucuk garfu. aku belah dada aku dan keluarkan hati merah aku menggunakan garfu. nah Nora, nah Nora ambil hati aku, aku ckp.

lalu dia dgn non-ekspresi ambil hati aku yg bedegup kencang kemerahan dan dia letak atas kaunter masakan. dia ckp, betul kau suka aku? aku jwb, ya, muahmuah. lalu dgn muka paling nakal dia tabur garam atas hati aku dan dia tny lg, betul ni suka? aku sedikit mengerang dan aku jwb, ya, betul.

semakin lama plot nakal Nora jd semakin ekstrim. dia tabur lada hitam, dia lumur dgn cuka, hempuk dgn lesung batu dan yg pengakhirannya sebelum dia kisar hati aku pakai blender dia tanya, betuuuuulll ni suka? hihih. dalam hati aku babi punya perempuan, sakit kau tau tak sakit?, tp aku jwb, ya yang shuke giler! lepas tu dia gelak, sedikit mengilai dan dia ckp, nahh, wrong answer! sambil tekan butang kisar blender pada tahap paling laju.

dah mmg mungkin takdir aku mcm tu, pusing byk pun dia bukan nk suka balik dekat aku. lalu aku jalan bawa diri ke satu lorong paling sepi dekat sekolah aku. tiba-tiba aku nampak satu vending machine yg jual cokelat. mcm-mcm jenis dan setahu aku mesin macam ni tak pernah wujud dekat sekolah aku dan kebanyakan cokelat yg ada dalam menu tak pernah aku dgr.

ah tapi aku peduli apa, mungkin ni barang import. aku tgk butang menu dia ada tulis Butterfingers, Chockito, Goobers, Tofi Luk dan Wonka, aku dah mula konfius sama ada ni mesin jual cokelat atau jual coli. tp akhirnya aku terpandang dgn satu nama yg tertulis Love. selain dr faktor hanya nama tu je yg aku faham selain dr nama cokelat anih-anih yg lainnya, aku pilih love sbb macam paralel dgn perasaan aku sekarang.

aku masuk duit siling, satu persatu dan entah kenapa suasana sekitar mula berubah. ah persetan, dan aku terus tekan butang Love. muka mula senyum lebar bila aku dgr placebo hormon oksitoksin aku iaitu cokelat bernama Love td mula menyusur untuk keluar, tapi kemudianya berhenti. aku mula rasa marah bila aku tgk tak ada apa pun yg keluar. aku goncangkan mesin itu, tendang pada rusuk depannya dan masih sama, cokelat bar yg aku pesan tak keluar. fuckimak betul!

lalu aku blk dgn emosi yg kecewa. aku rasa seluruh dunia tgh rancang buat perang konvesional dgn aku. sampai je aku dekat kelas aku nampak Nora tgh baik punya duduk atas riba Hamsyi dan benda serupa ini tak boleh jd bilang aku. lagi sekali aku cipta epik drama tragis dalam kelas aku bila mana aku ugut mahu tusuk halkum aku dgn ball pen warna merah kalau Nora tak clash dgn Hamsyi. suasana kelas jd riuh dgn ada segelintir yg cuba menghalang aku dan majoriti yg lainnya mendesak aku membunuh diri dgn kadar segera atau dorg sendiri yg akan membunuh aku.

tiba-tiba kelas jd diam, tiba-tiba semua org jadi kaku bila mana ada satu suara halus menyapa kelas. semua mata tertumpu pada pintu hadapan. "een", itu yg keluar pada mulut seorang gadis kaki panjang kulit, melepak, rambut kuning yg berdiri depan pintu kelas."erk pardon?" Nora ckp. "Zen, saya cari org nama Zen", dia balas dan semua mata mula beralih ke arah aku.

aku angkat tgn dan rasa sedikit kaget. mata seluruh bilik mula tertumpu kepada pergerakan elegan, subjek, ke arah aku. lalu dia berdiri betul di hadapan, buah dadanya tepat atau sejajar dengan muka aku. dia ckp, "hi, nama saya Love". erk, ya nama aku Zen. "ya saya tau, dan mulai hari ini saya milik awak sepenuhnya. awak nk jilat, makan, lahap ke apa ke awak buat la" dia ckp sambil peluk dan kucup pipi kiri aku.

masa tu aku tak dapat nk gambarkan macam mana perasaan aku. kalau aku boleh jerit sampai terputus anak tekak mmg aku dah buat. jd nk dipendekkan cerita, Love jd kekasih aku, atau lebih tepat lebih legitimate, dia jd hak mutlak aku. setiap hari bila aku jalan pergi kelas sambil berpimpin tgn dgn Love, semua mata tertumpu dekat ktorg. kalau ada yg tgh potong buah terpotong jari, yg tgh asyik memotong rumput terpotong kaki sendiri oleh kerana pesona, Love dan aku. boleh kata aku mabuk cinta.

dan selepas itu barulahh Nora terhegeh-hegeh dekat aku. dia pulak yg jd mcam aku ugut nk kelar tgn pakai pisau lipat kalau aku tak tinggalkn Love. tp jgn kata nk pujuk, aku siap bg dia parang lg biar cepat dia mampos. manusia mmg macam tu. kita baru sedar betapa benda tu kita nak atau perlu, bila benda tu dah tak ada dgn kita.

sementara itu cinta aku dgn Love semakin mekar. satu hari lepas aku frust sbb fail test edmet aku ckp dgn Love, apa kata kita cuba buat anak? Love ya kn saja. yang bagus pasal Love ni ialah dia tak pernah membantah, sbb dia ckp aku dah beli dia dgn harga seringgit dua puluh sen dekat vending machine lorong paling sepi sekolah aku tempoh hari. jd dia tak ada hak untuk membantah. dan ritual manufaktori anak itu pun berlaku, genap 9 bulan lahir lah anak aku.

seketul cokelar bar black forest

****

dan hari-hari pun berlalu cinta aku dgn Love tak pernah padam. tp entah kenapa dr hari ke hari bau badan Love semakin busuk. kulit mulusnya yg melepak mula jd kusam. dan ada sesetengah anggota badannya rompong di makan semut. genap satu tahun aku dgn Love, Love di sahkan meninggal dunia. sama dgn tarikh luput yg dah tertera dekat belakang badannya.

Love cinta hati aku dah hilang, dan aku rasa aku akan kembali dgn rutin kejar-kejar-kecewa aku dgn Nora. sbb manusia mmg macam tu,

****

suatu hari masa aku lepas kecewa dgn Nora aku lari cari mesin cokelat dekat lorong sunyi tu tp dah tak ada. yg ada hanyalah seketul cokelat bar black forest dalam kocek aku. aku makan dan aku rasa senang,

dan aku baru igt yg aku makan tu sebenarnya anak aku


20 comments:

.AshRalph McMisery. said...

hahaha ! thumbs up ! syiok !

azimsuhaili said...

:)

Anonymous said...

thanks azim!!!! aku xbaca lagi sebanrnya tapi aku nk comment dulu.. akhirnya, kau update jugak blog.. HAHAHAHA.. terima kasih :D -ideologyNAS yg malas nk login-

Anonymous said...

tahniah kerana anda sekali lagi berjaya mengarut...tp menarik gk cter ko..ko wat cter ni nk ngorat gadis2 ke ape ni??



-wej-

vErMiEy_nAiAd said...

HAHA..xlarat nk gelak kot..:)

azimsuhaili said...

Nas: hahah, dah dah update dah pun :)

anon: gadis mana plak aku nk ngorat, tak adanya. wej stands for? (kau jgn buat aku fikir bukanbukan) hahahah

vermiey: kah kah

Sara said...

sadisnyer. hahaha

hidayah .norikochan said...

terlupa anak sendiri tu adalah coklat, haha !

Mukmin Selamat said...

visual love harus disertakan bagi memberi mesej yang lebih umph!

nurul said...

hahahah!what the fish...i like the ending of the story!

Anonymous said...

suke gle kot cte ko. hebat derr! :)

teyhah said...

ahaha..update jgk eh ko ni?ending bes..haha

Anonymous said...

sumpah mengarot.
hati aku bergolek2 saat baca cerita kau yang sekali lagi mengarot.

azimsuhaili said...

sara: dunia :)

hidayah: mmg selalu mcm tu pun

mukmin: cukup la nnt org ckp aku sex manic. padahal tak. hek hek

nurul, teyhah, anon 1, anon 2: terima kasih daun keladi

aisya zainal said...

mcm mana kau boleh create bnda yang common dlm hidup kita jadi ssuatu yang kompleks?

critical thinker r u? :)

aniszafeerah said...

words yang ko gune memang best.and cerita yang ko create ni lagi lah super-duper-best :) love itt

xanaraixanne said...

haha super cool!
best gila kowt ayat haha lawakk

alynnrazali said...

syiok3!

Anonymous said...

semat doh..
ak yg nak berak ni pon tlupa dah..
kah3

K I E R A said...

cool :)