"Never shoot bullets on a flat/hard surface, because it will bounce back to you, hard"
rupanya dah enam bulan aku hilang, kalau aku seorang ibu yg mengandung, aku rasa detik aku tgh post entri kali ni aku tgh terlantar dekat wad bersalin menunggu kelahiran anak yg ber-spesis, se-pek honeystar madu. ok mmg tipu, cumanya aku nk masukkan unsur maternil dalam introduksi ni, tu saja.
dan kalau ada antara korg tanya, eh kau pergi mana doh 6 bulan ni? macam ada tak ada je, kau dah jd biskut ea? kau dah kena culik dgn satu organisasi sub-versif menyiasat pergerakan plenet-plenet misterius? kau kena bela dgn trans-gender? kau itu ke, kau ini ke?
jawapan untuk soalan korg tu ialah aku ada cumanya aku tgh sambung belajar dekat itm shah alam yo! ok dan bila budak-budak baru nk amik spm tahun ni yg bajet bourgeoisie and elitis dgr senior masuk itm mula la ckp , "ala itm je pun, tak grand langsung. kalau ya pun dah tak dapat oversea masuk UM la".
biasanya lepas aku dgr ayat-ayat tak igt dunia mcm ni aku akn gelak hek hek je. sbb aku tak bodoh macam dorg yg tak tau UM tak ada sedia pun foundation law.
tp dorg sombong, tetap dgn idea-idea mkn stroberi dgn mat saleh dekat ladang gandum dorg tu. dan nnt bila dorg dah kat tahap aku nnt dorg akan sedar, dunia ni tak ada la indah mana pun. dunia ni tak pernah relevan untuk kau harap apa-apa.
ok, nk dijadikan cerita, lepas aku dpt result spm, aku tak rasa aku masuk itm. aku rasa dgn result aku boleh la nnt masa cuti summer tangkap-tangkap gamba sebelah keira knigthley dgn pete doherty ke kn, dan ya, aku agak konfiden gak dapat scholarship sbb interbiu jpa pun macam ok kn (aku rasa la). dan masa tu jgak aku tak kisah langsung pasal twaran law itm ni.
sampai masa result keluar, jumaat. nk daftar itm ahad dan dah sah-sah sbb konfiden punya pasal aku tak prepare apa-apa pun nk masuk itm. so dgn hati separa takbur aku bukak la e-sila dan tak semena-mena keluar la ayat-ayat klise kerajaan.
eh awak bagus, betul bagus tak tipu. siyesh shit! tapi alamak, awak terlepas sipi je sbb ramai betul yg layak. dr 1800 org yg dapat, awak ialah yg ke 1801. kalau awak buang taik sikit rasanya dapat la. ok, aku tipu lg. tak ada ls dorg ckp macam tu, dorg ckp dalam ayat surat. tp mksudya sama, apa yg dia nk ckp ialah, wei loser, kau dah tak dapat la nk pg oversea. kau boleh pg balik la nangis-nangis tepi longkang. Major L!
babi, rasa macam pundek gila time tu. aku rasa mmg macam nk letak je kepala dekat dalam kipas, biar mati instan dekat situ. kecewa betul. jd dengan berbaki dua hari lebih, aku siapkan la segala alatan nk masuk itm. mana setem yg patut kena bunuh aku bunuh. mana kandang-kandang ayam ke arnab ke yg nk jual bg dapat duit yuran aku jual. dan hari ahad tu aku pg la masuk itm. dan isnin tu lepas daftar, secara sah la aku jd kesatria budiman. hamik kau. hahaha
secara keseluruhannya, itm bg aku cool kot. dan aku rasa aku tak menyesal. walaupun hidup aku dr hari ke hari tetap bertanya asal la aku tak dpt fly kn, tp aku tetap syukur walau dlm keadaan tak ada pilihan, aku tak pernah tunjuk sbb aku rasa tak ada siapa kisah. macam korg yg tgh baca ni kn.
tp akhirnya aku sedar, Tuhan tu lg tau aku dr aku sendiri. bila aku fikir blk aku mmg nk buat law. dan aku nk praktis law dekat M'sia sbb aku mmg tak ada hati nk duduk lama kot oversea. jd kalau la aku ditakdirkan fly, dan berlajar law dekat seberang, law apa yg aku akan belajar nnt dan dah tentu tak applicable dekat malaysia.
sbb law bukan macam dokter. sbb semua manusia ni sama walau dekat benua mana dia. tak ada pulak org eropah punya ibu jari letak kat jari tengah atapun org asia ada sistem badan pakai minyak diesel berbanding afrika pakai bitumen ke apa. tak ada, manusia sama je mana-mana. tp law mmg lain ikut tempat. jadinya, yeah logik la Tuhan letak aku dkat sini. dan aku baru sedar.
*****
dan bila bercakap pasal itm tak waras la kalau aku tak ckp apa yg jd kat itm tu sendiri kn,
so jdnya aku baru je habis satu sem dekat sini dan tak ada benda pun yg jadi sebenarnya. life aku tetap sama. pasif dan pesimis macam dulu. kelas, kafe, kolej. tdo, tvee, t (tempat kosong). tak ada apa yg berubah.
tp apa menarik sepanjang aku kat sini la kn, aku dapat perhati komposisi budak-budak asasi law ni terdiri drpada beberapa jenis orang dan sbb kenapa dorg amik law. dan aku rasa pemerhatian aku ni hampir tepat:
1. Kumpulan orang yang menganggap law sebagai satu profesyen yg mmg profesyen. dalam kata lain lawyer ialah lawyer dan bukan seorang ahli politik atau cikgu menjahit, atau atau atau..
- golongan ni biasanya terdiri daripada ex ex debaters yg dah biasa dgn hal-hal undang-undang masa sekolah dulu dan juga golongan yg terdiri drpada keluarga yg mmg dalam bidang ni. bg dorg lawyer purely profesyen yg kudus dan dorg langsung tak ada niat sampingan. aku agak segan nk kawan dgn dorg sbb bg aku dorg ni agak elitis. dan aku respect dgn dorg-dorg ni sbenarnya.
2. Manusia-manusia penentang dan kaki politik.
- ini ialah satu golongan yg pasang niat nk jadikan dunia ni lebih baik dr sekarang. biasanya budak-budak ni terdiri daripada kaki-kaki yg baca MalaysiaKini, Tukartiub dan media-media politik lain la. dorg ni agak radikal dan ekstrim dalam berfikir dan ada kecenderungan di-rekrut masuk Abu Sayaf dan Taliban. dan budak-budak ni tak ada hal la subjek 016.
3. Golongan-golongan hipster yg "ai amik law sebab, ewww, i hate numbers!"
- biasa dgr kn? boleh ckp ni antara group yg dominan la. sbb utama dah penat belajar sains la, bila buat math rasa nk terberanak la apa la. macam-macam kn. dan group ni gak termasuk org-org yg amik course pasal nk gaya. contoh dia nk amik fashion sbenarnya tp takut tak menjamin kerja, so dia amik la law. sbb bg dia law mcm cool la jgak kn.
4. Kumpulan org yg apply lain dapat lain, terpaksa dan kes-kes istimewa.
- sesetengah org kdg2 mmg tak niat nk amik law. tp dah nsb tiba-tiba je dah Tuhan bg ni kn, takkan nk kufur nikmat. so dorg amik tanpa rela. selain dr faktor yg dorg dah tolak matrik sbb katanya matrik located dekat hulu2, romen ke dating susah la apa la kn. ceh -,- dan ada jgak yg family paksa amik, padahal dorg taknak. tak terkecuali kes-kes spesel lain macam, kalau dia tak amik law, seluruh jam dekat dunia ni akan berpusing terbalik. mmg ada kes-kes macam tu. sumpah.
cerita lain, pasal perempuan hot? byk. tp bukan boleh buat apa la pun kn. bukan kita punya pun. tak ada chance langsung untuk lelaki invisible mediocre macam aku nk dpt. not even close. so, cuci mata sudah la :) dan pasal study plak, aku rasa aku dah totally fucked up. almost semua paper fumble jatuh berciciran dari pegangan aku. aku igt kalau aku kantoi asasi ni aku nk ckp ngn mak aku suruh tunggu org datang meminang je la. baik kahwin, selesai masalah. hahaha. tak apa chill, next sem masih ada :)
ps: sebenarnya seminggu masa aku rasa aku dpt JPA tu, siang malam aku pasang lagu ni. bajet macam lagu ada kena mengena la kn sampai family aku suruh slow kn sikit la apa la. dan yg plg sakit ialah, bila aku tak dapat scholar tu je, lagu ni la dorg nyanyi balik nk kutuk aku -.- apa-apa pun, enjoy :)

23 comments:
woit! up la lagu uitm di hatiku. baru true!
kah kah kah
misSwhatever92= i njoy read ur story myb juz be'coz i ni student uitm part 1 yg proceed Foudation in law n baru hbis sem gak..tpi i bkn yg kat shah alam la, not fast track like u..i ni yg kat kuantan..ap2 pon gambatte ea 4 da next sem..pasal u pnyer niat nk g oversea tuh,same ler cam i time spm dlu..tpi kate org, da rzeki, the niat still ad tuk study kt oversea even da trmktub i ni studnt uitm, erm xper la, untk master nnti, who knows..ahakz!
mkmin: lagu itm tak true sgt. tajuk dia pun biasa je. baik UPSI, Ibu Kandung Suluh Budiman! hahaha
miss watever : ahakz ya :) oh ok, pg masa master mmg idea baik pun. masa tu dah boleh bwk idea bini. and kalau macam tu goodluck la pg masa master :)
hahahha. stereotype habis.
but mmg betul pun golongan-golongan yang kau cakap. and i guess i fall into the "golongan yang ada kes-kes istemewa". haha. but normal lah tu, masa aku asasi pun sama je situation dgn kau.
btw, blog kau cool.
sumpah buat aku geli sampai bulu ketiak aku berguguran.
huhuhu..xtahan kt ayat last.susah2,sowh je mak ko meminag ko..aq yakin,msti owg berebut2 nk jd bini ko..huhuhuhu.tp,yg golngn 2 mmg betol.teror eh ko wt analisis?!agknya,aq trletak dlm golgn mne la..hahaha..btw,aq pn cm ko jgk..bile dgor nme itm dulu2,aq anggp bnda 2 lawak..siap leh buat bhn lawak lg ngn kawan2 aq..aq sumpah,mmg xnk masuk uitm,siap kata,uitmbknnye best pn..xde kelas.ranking u kt malaysia last.tp bile aq sedar balik,it is not the matter about rankig@so what eva..tp mngenai kualiti yg dhasilkn..n aq brsyukur sgt bile aq dpt tawarn foundation law ni.bkn pe,bile pikir2 balik,bkn semua owg dpt tmpt kt cni n nk masuk pn kna lalui saringan.so aq brsyukur sgt2..ad yg dpt diploma je.ad plk,yg lngsung xdpt tmpt nk smbg blajo..trpksa g kolej2 swasta.yg berada xpela,yg agk kurng berada? so,aq sgt2la brsyukur kpd Allah Taala.huhuhu
p/s:kalo ko kahwin,jgn lupa jmput aq ye..huhuhu
hahaha...azim2. agak2nya aku ni golongan mana yer ?
anyway, blog ko mmg unik dan pelik. pelik tu yg best...haha. byk idea2 ko eh...
enjoy reading your blog dude...mcm baca jurisprudence. anyway, it is fun :)
student law haritu amek finals kat dsb kan? haha a student of uitm shah alam gak here.sep!
well at least u got what u applied for.
aku apply architecture dapat hotel. hah.
article5 (asal tak 10?) : asal? kau kalau kau tak masuk langit tukar jd warna hijau ke? haha
hanafi: amboi, yela. aku bersyukur gak. cuma kadang-kadang bila kita igt blk apa yg kita buat untuk nk dapat apa yg kita nk, dgn apa yg kita dapat. rasa macam tak berbaloi. after all aku syukur gak
haziq: kau golongan mana? kau fikir la sendiri. hahaha. ok thanks anyway. jumpa lg next sem :)
simmo:a'ah, asal? haritu ada kat dsb gak ke?
martini: kau jpa tahun ni ke?
azimsuhaili..weyh engkau sgt2 best la.kelakar la post ni.aku faham gila apa perasaan bila junior pandang slack je bila ko cakap ko belajar kat ITM.hampehh.goodluck cari orang meminang ko;)
hihihi~ cam tepat jep kene kat muka aku entry nieh... golongan ke3 tuh cam aku jep!! haha
Oo, so, sedih tak dapat JPA? Jangan risau, Allah know best. :)
hahahaha i love this song...
"london,london ingin ku kesana"
haha. syukurlah dengan apa yg ada! =D
so ko kategori mne azim?
im the 3rd one. haha. tpi sem2 kena date dgn numbers jugak. economy oh economy... haish.. -.-'
best arh bce blog nie... owh ea.. blog sukan 2 pon mnrik.. tp asal plak ade msuk sjrh??
azim merupakan golongan ke-3. keh3.
tapi betul ar ape ngko ckp ni, aku dulu pun ada sejenis rasa skeptik jugak bila dengar nama UiTM, tapi lepas aku kenal 2,3 budak-budak subversif UiTM, baru aku tau, diorang lagi kool dari aku. hoho.
so, tahun depan nak pegi mana? kalo masuk UM, bagitau aku la, pasal aku nak serap nko dalam grup subversif UM lak. hahaha.
bukan setakat jadi hijau, tapi langit jatuh berguguran hinpap mak mah kat seksyen 3 yang jual cakoi panas tiap2 petang tu. sbb tak article 10 la aku jadi article 5.
i really admire your skills of writing. keep it up dude..=)
I'm dying to be at your place.I've always wanted law since I was in school,but they say God knows best and I believe that.
Anyway,your blog is awesome!
aku? aku dah degree final semester dah. hahaha!
WOW
kalau bab fiksi lucah mmg terserah kt kau..haha.kau mmg azim suhaili yg aku kenal dulu.terbaik dr ladang..
hopefuly ur stil writg!!!
Post a Comment