Tuesday, October 26, 2010

Eksotika

(Amaran, ini adalah sebuah fiksyen psycho-thriller)

malam ni malam minggu. aku masih duduk dalam kubikel melihat satu per satu siluet bdk-bdk ofis aku halimunan di baham masa. sampai yg tinggal cuma aku, bayang-bayang dan sebijik lampu kilowatt jingga.

aku masih dalam kubikel malam ni, seorang. berhipotesis tentang apa yg mungkin terjadi di luar sana. yg memisahkan aku cuma beberapa sentimeter kaca halus jernih daripada dunia malam Kuala Lumpur.

mungkin sbb paling in untuk jd sbb masa ni ialah aku byk kerja.hidup Kerani Kewangan mmg macam ni. cumanya, kalau aku bebas pun malam ni aku tak tau nak pergi mana. dalam tgh malam Kuala Lumpur yg penuh dgn tenaga, aku mungkin akan sesat. silap-silap terlarut dalam likuisiti budaya KL tu sendiri.

apa-apa pun malam ni bukan malam biasa. malam ni lain dari malam-malam minggu yg lainnya.

lampu bilik bos aku Lisa, masih bernyala. selalunya waktu mcm ni dia akan galas beg LV hitam dia sambil letak kunci ofis atas meja aku dan dia berlalu pergi. biasanya yg dia tinggalkan cuma bau fragran halus dia. aku rasa DKNY.

tp malam ni dia masih di dalam biliknya. aku dgr bunyi menjerit, menghempas. aku dgr macam dia tgh bertengkar. tp aku tak kisah, hidup org borjuis koperat ni mmg selalu drama.

hidup bila mana ada sebuah kereta Merc emas, dgn watak utama nama Danial. lepas tu mesti ada bapak nama Dato' Taib. dan kemudian punca permasalahan akan berkisar dekat mak Danial, Datin Rohani yg tak berkenan dgn si gadis miskin nama Suhaila yang Danial dah jatuh cintan semasa pertemuan secara tak sengaja dgn Suhaila di tempat plg tak sengaja Danial pernah pergi.akan ada plot kekasih se-kasta Danial nama Tengku Inarah yg kemudiannya dengki lalu berkomplot dgn Datin Rohani. dan akhirnya, yeah, korg boleh jangka.

scene outronya ialah bila Danial hampir dengan katil bersalin Suhaila mendukung anak dorg nama Asrap sambil Datin Rohani atas kerusi roda di rumah (berhampiran tingkap yg boleh cahaya masuk) memegang telefon ucap taniah kepada Suhaila yg dia benci. gelak tawa Dato' Taib yg wataknya jenis lelaki tak kisah, dan pengakhiran paling laknat buat perempuan jahat Tengku Inarah.

dan itulah santapan drama untuk org Malaysia. macam la org middle-class nama Shahadan yg bawak Myvi warna paip tak menarik untuk dijadikan drama. macam la Kerani Kewangan macam aku yg malam minggunya duduk dalam kubikel menatap digit-digit sial ni tak layak untuk dijadikan cerita.

jam menunjukakn 10.30 minit malam, byk fikir pasal org kaya pun bukan boleh siapkan kerja. lampu bilik Puan Lisa dah terpadam. lepas dia tutup pintu bilik, dia berjalan menuju ke arah kubikel aku. muka dia nampak letih, riak wajah dia nampak hormon.

macam malam biasa, dia akan letak saja kunci dan berlalu pergi. tp aku dah ckp awal td, malam ni bukan malam biasa, malam ni malam yg lain dr malam-malam yg lainnya.

sampai dekat kubikel aku dia berhenti, dia pandang aku dgn ekspresi muka yg aku tak dapat nk tafsir. aku angkatkn kening dekat dia, bertanya. dia diam je, dan kemudian melabuhkan punggungnya atas meja aku.

dia keluarkan sekotak rokok dr beg LV entah berapa riban harganya. kotak rokok yg keluar, Gudang Garam? tak aku sangka org kaya macam dia hisap rokok seludup. dia sedut dalam-dalam dan dia hembus asap nikotin tu sampai berkepul depan muka aku.

"kdg-kdg i teringin nak hidup macam you ni Zam, senang"

kenapa?

"yela, easy. tak ada suami yg sibuk suruh you buat implan and end up tau yg dia curang dgn org gaji sendiri. tak ada anak lelaki umur 24 tahun yg sibuk nk kereta sport. tak ada anak perempuan yg nk pg Perth lepas SPM. tak ada setiausaha nama Mona yg kerja asyik nk jilat bontot i je."

Mona?

"yeah,dia jilat pakai lidah tindik dia tu. i rasa dia pun pernah tidur dgn laki i masa party krismas haritu. in fact Dato' tu, tdo dgn semua org. kalau i letak you pun dalam gelap dgn dia, silap-silap you pun kena hentam"

sedikit senyum tipis mungkin membantu masa aku tgh tak ada idea nk ckp apa. habis dia isap sebatang rokok, dia lepaskan rambut dia dari ikatan. dia bukak kot Dolce Cabana dia perlahan kemudian cabut kasut tumit tinggi yg melilit kaki putih dia lalu dihempas ke lantai.

"kalau you dibagi peluang untuk tukar hidup you daripada hidup you sekarang ni, you nak hidup yg macam mana?"

saya nk jadi org gedung atasan, borjuis kaya-raya macam puan sekarang.

"macam i? sanggup you kena rogol dengan suami sendiri lepas dia balik mabuk entah dengan betina mana? itu pun syukur la kalau betina"

sekurang-kurannya saya sendiri tak payah lg jual bontot dkat lelaki rambang lepas kerja malam macam ni. tak payah nak korban kn diri untuk ubat adik yg tgh sakit buat chemo.

"youre a man-whore? muka geek innocent macam you rupanya pelacur, tragic comedy"

dia sedut rokok dia sampai tinggal puntung, dan terus baring atas meja aku. tiba-tiba dia gelak, meninggi dan terus senyap sambil pandang aku.

"apa kata kita tukar hidup kita. maksudnya, i jadi you and you jadi i"

boleh, tp macam mana kalau salah sorg diantara kita rasa selesa dan tak nak keluar dr hidup tu?

"senang. org ckp hidup ni macam game kn? kalau nak mulakan game yg baru, game yg sedia ada kena tamatkan dulu"

maknanya saya kena bunuh diri sendiri?

"betul, sebab tak ada sebab untuk hidup lg bila kita dah tak boleh puas dengan apa-apa. jalan terbaik ialah mati. Atau.."

atau apa?

"atau you boleh ambik peluang kedua hidup you, kembali kepada asal you yg sekarang ni Dengan ambil nyawa org lain"

aku dan dia diam, selain dr mata kami memandang ke arah siling tak bernyawa bewarna kelabu. semacam detik bisu itu adalah deklarasi antara aku dgn dia,

aku kaget.


ps: fiksyen ini adalah satu prolog untuk satu epik fiksional yg lebih absurd dan rambang. sambungan fantasi-fantasi malaria ni boleh didapati dalam Projek Postal keluaran akan dtg :)

11 comments:

Mukmin Selamat said...

dude,cerita perniagaan 10million dato zack pun gua minat beb.

awal-awal perniagaan jual nasik lemak,end up dengan buat bangunan dekat new yok.

macam gampang.

Martini Muaz said...

woohoo ni baru aku panggil poppy dalam cupcake.

baik. aku harap umur aku panjang untuk terus baca sambungannya.

Samsul Fakeh said...

ni macam marketing dr rozmey je.

azimsuhaili said...

mukmin: kau cerita apa ni?

martini: ok, tunggu :)

sam: ah kau, projek kau bakal involve gak. haha

Anonymous said...

hahhaa. pemikiran kau sentiasa eksotic gila.
membuat kan aku untuk sentiasa bertapak di muka blog kau.

Aritcle5 said...

hahhaa. pemikiran kau sentiasa eksotic gila.
membuat kan aku untuk sentiasa bertapak di muka blog kau.

azimsuhaili said...

liberty of a person: thanks :)

nura_zatie said...

bila nak update smbungan nyerr.... dh lma dh bertapak kt cni ney....

Nia Zeach said...

one word: splendid

Article5 said...

keep it up!
will see you next semester dude!
you should join the moot trial,
because people like always had a different way of thinking.

Asma Zahari said...

nervous nya nak tunggu endinggggggg