hari ini 26 Juni, Isnin. dan seperti hari-hari yang tipikal dan normal bagi ahli ekonomi yang sibuk, kucing jalanan gersang dan lampu trafik rutin. semuanya kelihatan sama kecuali insan yang sedang menaiki teksi menuju ke terminal tak pasti bernama, Prani.
hari ini adalah hari lahirnya dan setiap kali hari ini tiba, dia akan berdoa selepas meniup lilin hari jadi moga-moga 26 juni tercabut dr kalendar alam tahun depan dan sudah pasti doanya tak termakbul. oleh sebab itu, dia mengambil strategi sendiri dengan mendisposkn setiap 26 juni pada setiap kalendar yang wujud dalam hidupnya.
dan kalau boleh dia mahu mati untuk 24 jam asalkan tidak melalui tarikh itu. kerana setiap kali tanggal itu hati kristal Prani akan retak, pecah dan jatuh berkecai di atas lantai. dan serpihan-serpihan itu dibiarkan saja dan tiada satu objek bernafas pun mahu mengutipnya. lalu Prani terpaksa kutip, cantumkan, dan glu hatinya yg sudah pecah sendiri dan dia sudah tak sanggup lagi begitu.
sejak kali pertama 26 juni muncul dalam hidupnya, ia sudah menjadi karakter antagonis dalam fiksi hidup Prani. dia telah dilahirkan dengan komponen badan yang berceraian. kemudian Doktor Zahid terpaksa menjahitnya satu persatu dan malangnya lagi Doktor Zahid lupa memasang saraf cinta untuknya. dan implikasinya, sampai sekarang dia masih mandul dalam melahirkan cinta. Prani kecewa.
hari jadinya yang ke-8 pula bermula dengan indah. dan mungkin Prani sangka dia tidak lagi sial pada hari itu, tetapi hipotesisnya tersasar. ayahnya menghadiahkan sebuah basikal warna pink yang punya kipas kertas pusing2 di pemegangnya. namun bila Prani memegang saja objek comel itu basikal itu terus berpiket dan mencebik muka. prani tanya kenapa? dia cakap dia mahu kejar sebuah basikal bmx jantan yang kini dalam perjalanan ke Amerika. dorg dalam foto bergerak cinta dan tak kan Prani nk putus kan gambar indah itu dengan impian hari jadi Prani. lalu basikal itu mengayuh otomatik mencari haluan cintanya. dan Prani terus kecewa.
hari lahirnya yang ke-17 lebih tragis. soulmatenya yg merupakan seorang pelajar kimia cemerlang telah bertukar menjadi tikus makmal kerana tersalah mencampurkan kalium oksid dengan satu spesis kimia yg baru dia temui dalam eksplorasinya ke Jupiter. lalu soulmatenya itu diletakkan dalam sangkar pada hari lahirnya itu dan dr dalam sangkar membuat bunyi "krik, krik". atau dalam bahasa manusianya "Happy Birthday". tp Prani tak faham dan dia menyangkakn kwnnya itu tak igt akan hari lahirnya. Dan Prani terus dan terus kecewa
dan hari ini 26 juni tiba lagi. sebaik keluar dr taksi, dia pun berjalan ke kiosk berhampiran cuba mendapatkan jus epal untuk menjana sistem anatomi hibridnya. tp dia tersentak, terpaku, dan semacam siluet teater saraf bencinya berevolusi menjadi saraf cinta.
" ini stroberi untuk awak", kata seorang muda bertopi Fresh Delight.
"tapi untuk apa?", jawab Prani
"untuk hadiah hari jadi awak", balas mesin promosi itu
"mcam mana awak ta...", belum sempat Prani habis ckp bdk itu terus sambung
"tau ? sbb saya nampak ada seketul awan mendung atas kepala awak. dan detik awak bergerak ke sini. setiap objek sakti dalam provinsi ini berbisik mengatakan gadis sunti ini sedang berduka kerana hari jadinya adalah melankoli yg menyakitkan. jadi sy rasa biarlah awak makan stroberi ini. sekurang-kurangnya hujan itu berhenti dan pelangi muncul. dgn itu sy turut gembira", ckp bdk tu,
dan Prani terus ambli buah itu kekakuan. dia makan dan simpan rasanya dalam arkib hidupnya. dan mulai hari itu dia mula menampal kembali semua 26 juni dalam kalendarnya. dan dia sanggup mencipta mesin masa semata-mata untuk pergi ke tarikh 26 juni yg mendatang. kerana hatinya kini sudah dipatri dengan aluminium kuat. tak berkarat. dan takkan pecah. dan di setiap kalendarnya dia tulis pada tarikh itu " pada hari jd aku yg ke lapan belas. aku baru lahir ke dunia. dan setiap senyum mengilai aku pada masa akan datang hanyalah untuk lelaki stroberi itu. ya. yang bertopi dan sebuah mesin promosi di kedai buah. tp apa peduli. dia buat aku bahagia"
Ditulis pada 14 Febuari 2010,