aku jadi pusing memikirkan segala jenis taktik untuk cari lubang lolos dalam hati kau.
aku jadi lelah dalam misi mematahkan sendi-sendi degil hati kau yang tak mahu bergerak,
terkunci mati dengan benci yang tak punya entri keluar.
*Sofia memalingkan muka ke arah aku lalu mencabut seliparnya dan menghentak kepalaku menggunakan objek leper itu.
aduh aku bilang,
sekarang kau baru tahu sakit, selama ni apa yang kau dah buat dekat aku, kau tak pernah fikir aku ni sakit dan kuchiwa dengan perangai kau yang serupa gampang tu.
aku tau, kau mesti tak pernah ada idea atau gambaran besar yang setiap kali kau buat palat dengan aku, aku secara rahsia mendoakan kau mati dilanggar lori babi ketika sedang melintas jalan selepas bersetubuh dengan awek punggung lebar baru kau tu dalam sebuah karavan mini milik bapanya.
Sofia memang bengang dengan aku, Sofia memang dah mewartakan kepada setiap sel dalam dirinya yang aku adalah satu ancaman yang harus disekat, dibunuh jika perlu dan wajib ditanam dalam satu lobang yang paling dalam pernah wujud atas muka bumi ini supaya kewujudan aku terus lupus dalam rantaiaan sejarah planet.
sebenci itu, korang bayangkan.
sebabnya mudah. sebab yang jadi sebab mengapa dia nak merusuh dekat aku tak ada la berat sangat. cuma biasa la perempuan, siapa lah perempuan tanpa drama aww-aww-menyampahnya dalam hidup ni.
antara sebab-sebabnya ialah masa temu janji ulang tahun relationship aku dengan dia yang ke-dua tahun, aku kantoi sedang bercumbuan dengan abangnya yang punya konfusi jantina. aku cakap dekat dia yang alasannya ialah "abang awak seorang khunsa, kita harus uji sejauh mana kecenderungannya akan pergi".
yang lainya macam, keluar dengan 20 orang gadis rambang sepanjang 2 tahun aku kapel dengan dia. tapi benda tu normal la kan? kan?
dan kesemua siri kegampangan aku ini membuatkan Sofia jadi merajuk dengan aku. tapi jantan yang ada ayat manis macam aku takkan hal merajuk minor macam ni aku tak boleh bereskan. silap kalau korang sangka macam tu.
setiap kali dia merajuk aku akan curi-pinjam kapal terbang lama ayahnya dan terbang terus ke permukaan bulan merentas segala altitud imposibiliti yang mampu direntas oleh sebuah kapal terbang lama. aku dengan dia akan menghabiskan masa disana berpiknik belatar belakangkan matahari yang terkombus dalam gas helium yang membahangkan. antara line-line manis aku untuk pujuk dia ialah,
"sayang, muka sayang cantik sangat. cantik macam rekahan permukaan bulan yang sedang kita duduk ni."
tapi sekarang dah lain, sejak kes terakhir aku kantoi bermukah dengan seorang awek Filipin yang berpunggung lebar yang aku jumpa dekat sebuah kilang pembuat minuman karbonat dekat Perlabuhan Kelang dua bulan lepas, Sofia terus jadi dingin, keras dan bersungguh untuk meninggalkan aku.
segala pos pujuk rayu aku, telegram maaf, dan ambulans insaf, semua gagal untuk masuk berpenetrasi dalam zon hatinya yang kini kuat dipertahankan. kisah aku dengan dia sekarang macam kisah perang dua puak yang bertelagah memboikot hasil ekonomi masing-masing.
pokoknya aku memang suka dengan dia. tak kira la dah berapa banyak perempuan yang aku dah tiduri, berapa banyak jantan konfius yang aku dah tolong 'eksperimen', berapa banyak mak janda yang aku dah dating (oh pasal janda ni aku tak cerita lagi ea?) dan apa segala kejahatan yang aku dah buat, Sofia tetap ada dalam hati aku.
jadi dua minggu lepas, aku kirimkan sebuah kapal kontena yang penuh berisi perasaan-perasaan bersalah dan aku suruh ia berlayar dalam perairan perasaan milik hati Sofia. tapi belum sempat kapal kontena berisi perasaan yang menggambarkan betapa aku sayang pada dia sampai tepat pada lokasi dimana hatinya berada, seluruh sistem badannya mula mencipta satu pusar dekat perairan perasaannya dan menenggelamkan kapal cinta milik aku sampai yang tinggal cuma sejarah perjalanan itu.
semalam, aku ada hantar ke alamat dia kunci kepada sebuah planet bernama Cronus yang ada dalam orbit planetari galaksi Bima Sakti. dan aku cakap "planet ini adalah hasil eksplorasi aku ke dalam alam semesta yang infinit demi untuk hubungan kita yang kudus lagi bernyawa. dan di dalam planet ini ada ladang-ladang jagung yang kuning melata, rumah-rumah agam yang punya arca roman dan air-air pancut seindah Versaile yang mengalir dibawah kamar kristal kita. dan pastinya dalam keadaan begitu, kau akan jadi satu robot kilang yang produktif untuk kita populasikan planet yang tak berpenghuni ini"
tapi kunci kepada planet itu dia terus ambil dari tangan aku, dan pum masuk ke dalam lubang jamban tanpa menunjukkan sebarang riak apresiasi. dan yang paling pedih ialah kelakuan itu dilakukan betul dihadapan muka aku.
dan dia cakap lagi, kapal cinta ke, planet ke, aku dah meluat tengok kau. kita adalah sejarah dan kau boleh pergi mampos. kecewa, rabak. tapi itu adalah hukum karma yang dah lama jadi doktrin dalam edaran kosmos yang tak pernah terhenti.
aku dah hampir putus asa. sekarang segala punggung-punggung lebar dah tak mampu untuk melunaskan segala nafsu aku, slanga-slanga asing yang aku gilakan dulu dah jadi bosan untuk didengari dan apa yang penting bagi aku sekarang ialah stabiliti dan untuk stabil aku perlu ada Sofia.
******
jadi aku dah ambil keputusan muktamad untuk terus berjumpa dengan Sofia di apartmentnya dekat Kinrara. aku taknak bawak lagi prop-prop magis yang boleh bikin hati dia cair, atau ayat-ayat manis yang mampu buat dia lupa dengan segala dosa yang aku buat dekat dia.
aku nak kali ini terus transperan dari hati.
sesampai aku dekat aparment dia, aku kemaskan rambut aku yang dah semakin tak terurus, sembur sedikit fragran untuk buat dia rasa senang dan cuba ikhlaskan hati aku semahu-mahunya.
loceng rumahnya aku tekan sekali.
*35 saat berlalu
aku tunggu tapi tiada sahutan. sekali lagi aku tekan, cumanya aku tak nak tekan loceng itu banyak-banyak kali sebab aku nk elakkan suasana jadi macam satu gesaan.
*120 minit berlalu
dan aku masih dihadapan pintu apartmentnya menanti untuk dia membuka pintu. aku tekan sekali lagi, dan sekali lagi, dan sekali lagi. dan sekali LAGI!
*dan babi, dia tak bukak-bukak jugak
dan aku terus jadi menyirap. aku terus jerkah "woi perempu..."
dan belum sempat aku habiskan ayat jerkahan aku itu, tombol pintu apartment Sofia perlahan terbuka. aku nampak dia di hadapan pintu semacam lesu dan peluh basah penuh memenuhi ruang mukanya yang sedikit kemerahan dengan jerawat.
dia tanya, aku nak apa?
aku cakap aku nak masuk, aku nak masuk dan nk jelaskan semua benda dekat dia secara transperan.
dia cakap, tak payah. aku dengan segala apa yang aku nk cakap aku boleh pegi mati.
aku cuba untuk terus melangkah masuk kedalam rumahnya. tetapi dia terus menghalang aku, dan menolak aku keluar semula. dan dia terus menutup pintu rumahnya itu rapat-rapat.
aku rasa aku macam dalam satu situasi dimana aku ialah orang yang paling bodoh dalam dunia , yang menanti bulan jatuh ke riba.
ah tapi aku peduli apa, jalan masuk ke rumah bukan pintu sahaja. jadi aku ambil keputusan drastik lagi radikal, aku nak masuk ke apartmentnya melalui tingkap.
aku rasa aku macam dalam satu situasi dimana aku ialah orang yang paling bodoh dalam dunia , yang menanti bulan jatuh ke riba.
ah tapi aku peduli apa, jalan masuk ke rumah bukan pintu sahaja. jadi aku ambil keputusan drastik lagi radikal, aku nak masuk ke apartmentnya melalui tingkap.
dia tinggal di tingkat ke 16 daripada apartment 16 tingkat dekat tengah-tengah Kinrara. rumahnya paling hujung dan itu memudahkan aku untuk menyusuri titian alang yang merentas melalui dinding rumahnya.
aku beranikan diri, demi cintew brooo. (muntah)
jadi aku mulakan tapak pertama aku dekat titian yang sgt nipis itu. titian itu betul muat-muat sebelah kaki aku saja yang bersaiz 8. kemudian aku lekapkan tangan aku erat-erat pada permukaan dinding dan dengan perlahan aku menyusuri titian itu sampai ke bucu yang paling hujung.
dan setelah aku selesai membuat pusingan pada bucu itu, aku terus melompat ke dalam balkoni rumahnya. pintu slidingnya terbuka sedikit, semacam memberi mandat untuk aku terus masuk. aku masuk dengan penuh cermat semacam pembunuh upahan KGB yang paling efisen apabila diberikan misi.
aku mara ke dalam apartmentnya dan semakin aku ke dalam aku dengar ada dua suara perempuan yang sedang bersembang di suatu sudut yang bercahaya samar di dalam rumah itu. aku nampak Sofia dengan seorang gadis yang tak bercelana dan hanya mengenakan coli bintik polka bewarna merah. aku jadi pelik, tapi aku yang dah macam perisik ni cuba dapatkan informasi dari desibel percakapan kedua-dua mereka.
"u tau masa i dengan Usop dulu, adik lelaki dia pun i kebas. pernah dulu Usop pergi out-station, i pun datang rumah Usop buat-buat nak amik barang. haa sekali u, bila dah dua orang je lelaki perempuan serumah tau la kan apa jadi. hihihihi" kata Sofia dekat perempuan yang sorang lagi tu sambil gelak sengau dia yang cukup aku benci.
"Usop tu ingat dia dah hensem sangat ke apa? boleh skandal sana-sini, dia tak tau yang dia tu pun sebenarnya alat permianan i. i tak pernah serious dengan dia. tah la nama pun Usop. U-S-O-P? apa la yang boleh seorang USOP lakukan dalam dunia ni? kah kah kah" dan dia terus gelak mengilai seronok mempermainkan nama aku.
pukimak punya perempuan, sekarang baru aku tau segala-galanya. dan aku rasa dah sampai masa untuk kau terima pembalasan dari aku. lantas aku perlahan pergi ke dapurnya, terus menuju ke kabinet untuk mencari pisau pemotong yang paling tajam untuk aku bunuh Sofia, gadis yang aku suka dulu.
dan aku tunggu masa yang sesuai untuk bertindak.
kenapa u jadi lesbo pulak sekarang? , kata perempuan tu dekat Sofia.
"sebab segala macam lelaki takkan pernah dapat puaskan nafsu i macam yang u buat sayang" sambil dia terus mengucup kencang gadis yang seorang itu.
dan detik itu semacam satu opening untuk aku hukum Sofia yang dah melukakan hati aku, sangat.
sedang asyik mereka bergomolan atas sofa, gadis yang sedang berada di atas Sofia itu aku bunuh dulu. aku tusukkan pisau itu tepat pada lehernya. dan dia terus bangun menggelupur dan akhirnya terlantar di lantai apartment Sofia penuh berlumuran darah.
Sofia jadi terkejut. lalu aku capai pemetik api dalam kocek aku dan ugut untuk bakar keseluruhan rumah itu dengan api. aku cakap dekat dia biar kita mati sama-sama.
tapi sofia cakap jangan! jangan! fikir elok-elok. kita mungkin boleh bersama macam dulu sama-sama naik kapal terbang lama ayahnya ke bulan berpiknik sambil berlatar belakangkan matahari yang terkombus dengan gas helium yang membahangkan.
tapi sofia cakap jangan! jangan! fikir elok-elok. kita mungkin boleh bersama macam dulu sama-sama naik kapal terbang lama ayahnya ke bulan berpiknik sambil berlatar belakangkan matahari yang terkombus dengan gas helium yang membahangkan.
aku terus jadi sayu, aku terus padamkan niat macam best aku untuk bunuh diri pakai api. dan dia lantas suruh aku bertenang dan dia datang, semakin menghampiri aku. aku jadi tenang.
tapi memang dah dasar perempuan pelacuran macam dia, janji mana pernah dia tepati. lalu dia capai sebuah lampu meja berhampiran dengannya dan terus memukul kepala aku. aku terjatuh dan aku nampak dia cuba melarikan diri. tapi aku sempat capai kaki dia, menyebabkan dia tersadung lalu kepalanya terantuk pada bucu meja.
dia jatuh, dan hasil impak hentakkan tepat kepalanya pada bucu meja itu menyebabkan pinggan dan cawan kaca yang ada dia atas meja itu jatuh berselerakan ke tanah. lantas aku bangun dan menghampiri dia yang dah kesakitan jatuh ke lantai itu tadi dan aku terus seret dia ke dapur. seret dia ke sebuah mikrowave miliknya yang bewarna putih.
aku set kan suhu pada takat yang paling tinggin dan aku terus menolak kepalanya masuk ke dalam mikrovave itu.
selama beberapa saat aku dengar dia mengerang kesakitan, untuk beberapa saat dia mula minta maaf dekat aku, tapi dah terlambat. rambutnya mula terbakar dan aku terus capai serpihan-serpihan cawan kaca yang pecah berselerakan atas lantai tadi dan terus cuba penggal kepalanya menggunakan senjata itu. separuh kepalanya terpenggal dan ada di dalam mikrowave.
yang selebihnya jadi penahan pada jasadnya yang sudah terkulai berhampiran kaunter.
dan sekarang yang tinggal cuma aku. aku yang tak ada la secuci mana berbanding dengan dia. aku yang juga hakikatnya sama kotor macam Sofia. dan atas sebab apa pulak aku layak untuk ambil nyawa dia, dan bukan ambil nyawa aku sendiri.
oleh itu aku mula melumurkan badan aku dengan minyak petrol yang kebetulan ada dalam apartment rumah Sofia.
selama beberapa saat aku dengar dia mengerang kesakitan, untuk beberapa saat dia mula minta maaf dekat aku, tapi dah terlambat. rambutnya mula terbakar dan aku terus capai serpihan-serpihan cawan kaca yang pecah berselerakan atas lantai tadi dan terus cuba penggal kepalanya menggunakan senjata itu. separuh kepalanya terpenggal dan ada di dalam mikrowave.
yang selebihnya jadi penahan pada jasadnya yang sudah terkulai berhampiran kaunter.
dan sekarang yang tinggal cuma aku. aku yang tak ada la secuci mana berbanding dengan dia. aku yang juga hakikatnya sama kotor macam Sofia. dan atas sebab apa pulak aku layak untuk ambil nyawa dia, dan bukan ambil nyawa aku sendiri.
oleh itu aku mula melumurkan badan aku dengan minyak petrol yang kebetulan ada dalam apartment rumah Sofia.
aku lumurkan dan aku terus membakar diri aku sendiri.
dan aku rela mati, aku rela mati begini,
dan aku rela mati, aku rela mati begini,
dari hidup keseorangan sendiri
sampai mati,
nanti.
Ps: Dapatkan fiksi-fiksi yang macam ini dan lebih dalam buku zine Projek Postal yang akan keluar tak lama lagi. Adios.
Ps: Dapatkan fiksi-fiksi yang macam ini dan lebih dalam buku zine Projek Postal yang akan keluar tak lama lagi. Adios.

15 comments:
yo azim! :) nice one. sgt complicated! pening imagine :)
yg part die msk toilet bowl tu mcm dlm anime god save our king hehe
Izati: Thank you :)
hai brader,lame x menuliss? hwahwa..btw,good2!
bile kuar? awak jual ek zine tu? brape ringgit? awak sorang je ke yang tulis?
mcm mana nak dptkan zine tu nnt?
ah aku pernah tengok cara membunuh dengan meletak kepala mangsa dalam microwave oven seperti itu.
dalam muvi.
phhommm splassh klepek gluk gluk bunyi otaknya.
takazasyakirin: Tu la pasal. sibuk do. haha
anon: tu nanti aku bgtau
PL: tu nanti aku bgtau
Clarky: ada, mmg ada
ambik kau.lama takda entri baru,sekali keluar,
wow gila.aku suka.
aku baru disini.
ok.
penulisan seperti seorang psycho. wahh imaginasi tahap dewa ;D
Hardcore part microwave . Suka -
Fatan Fauzan: yeahh, lama gak la. ada masa baru sempat tulis
Nurul: psycho? haha
Zati: Shukewnye
tak pernah mengeciwakan..terima kasih kerana berkarya..=)
e97
nice one. tapi agak complicated .
woahhh!!! nice one!! tak sangka ending die mcm ni...mmg brani mati hbis... azim suhaili mmg patutlah ade fan page sndiri! haha :) tetibe lak tejumpa blog kau..
Post a Comment