Sunday, March 27, 2011

Testosteron

Dan di dalam ruang itu tiada siapa yang lebih cantik daripada dia, melainkan dia seorang sahaja. kebaya merah dengan sarung Palembang-nya yang boleh bikin semua jantan angau dengan stimulasi rangsangan yang begitu efektif menerobos masuk dalam jiwa rapuh jantan-jantan gersang tak berpendirian.

ada yang terkejar-kejar cuba memerhati, dari setiap pelosok. pergerakannya diikuti dengan mata-mata pengimbas yang semacam peluru-peluru pengesan menerjah dan mentafsir setiap liuk gestur dan postur yang dicipta oleh dia yang bernama, Lana.

cumanya bila dia sampai saja di depan Zarif, iaitu Zarif yang sedang makan di meja paling hujung dekat kafe pada pagi itu sambil dia memegang rapi dan cermat beg bimbit yang ada disebelahnya, Lana tidak menerima sebarang respon.

Zarif buat bodoh dan langsung tak ambil peduli. pagi tu Zarif makan French Toast dengan teh tarik. pagi yang biasa dan tak ada apa yang menarik bagi dia walaupun dalam ruang itu ada perempuan yang sangat cantik bernama, Lana.

kebetulan dekat kafe masa tu semua meja penuh dan yang kosong dan kebiasannya memang kosong melainkan cuma yang ada ialah Zarif, seorang loner yang memang tak punya teman dalam hidupnya.

cumanya pagi tu Lana duduk makan depan dia dan semua mata terus beralih ke arah mereka, semacam pusat dunia ini berpusing melawan paksinya melihat Zarif dan Lana makan semeja. walau dalam situasi yang semacam itu pun, Zarif masih tak peduli, masih kekal tanpa perasaan.

entah kenapa Lana jadi tak keruan. mungkin dah dasar spesis yang cantik-cantik ni dia akan jadi tercabar bila ada orang yang macam tak ambil peduli dengan kecantikan yang dia pamerkan.

Zarif lihat sikit-sikit Lana betulkan rambut, tarik colinya yang sedikit melondeh, lihat-lihat kaki dan entah apa yg dia kuiskan dekat lantai. dalam erti kata lain, Lana cuba menarik perhatian Zarif. beberapa saat selepas itu pesanan Lana sampai, nasi lemak dengan air suam.

Zarif? tiba-tiba Lana bersuara.
ya, Zarif cakap. kita kenal ke?

kenal, mungkin kenal. boleh jadi, dia cakap.
Zarif cakap, oh.

satu suap nasi lemak masuk ke dalam lohong mulut Lana. Zarif masih konsisten memandang Lana tanpa perasaan.

angin pagi itu tiba-tiba mengencang, menyelakkan sedikit dada Lana yang putih melepak sehingga menampakkan lurah. tetapi Zarif sikit pun tak pedulikan dan yang Zarif kisah waktu itu ialah memegang cermat beg bimbit yang ada di sebelahnya dari tadi.

Lana jadi angin lalu mengambil sebilah pisau kulinari yang ada di atas meja itu dan terus membenamkannya tepat pada dada kiri Zarif. pisau itu terbenam jauh ke dalam struktur badannya sampai yang kelihatan hanyalah pemegang kayu pisau itu tadi.

aduh, Zarif bilang.
oh, Lana balas.

patut lah, kau tak punya hati. Lana menyambung.
oh, Zarif balas.

sambil Zarif keluarkan perlahan-lahan pisau yang Lana benamkan dekat dadanya tadi, Zarif cakap,

ya memang aku tak punya hati sebab aku dah keluarkannnya dari dalam badan aku, memisahkkannya dengan jiwa dan akal yang aku tau malfungsi bila berhadapan dengan stimulasi gampang serupa engkau. tapi aku masih punya hati, cumanya aku cabut dan simpankannya di dalam beg bimbit ini yang aku pegang dari tadi.

kenapa? Lana tanya.
supaya aku tak terjatuh hati dengan perempuan-perempuan macam kau, lagi.

dan lagi.

6 comments:

melle amir said...

azim, keep going, gua suka der

afiqah azlan said...

haha intro dah ala2 novel sekali tetiba tikam pulak. pape pun best

Anonymous said...

sarkastik!!!hahhahah

Martini Muaz said...

gay. *hembus asap curut*

fatan fauzan said...

zarif rakan kelas aku sumpah loner.jumpa aweks dia buat muka petak habis!

aku suka ini.

anis aniesa said...

nice !bole jdi novelis,,=)