Friday, October 14, 2011

Genting

semalam dia cakap dekat aku yang dia nak call balik, tapi tak ada pun. yang ada cuma bunyi echo sunyi dari dinding rumah aku yang berpantulan. distorti siaran tv yang dah bertukar siaran demi siaran. desibel mekanikal lori binaan, hon, pekik pergerakan orang pergi kerja. dan semuanya berbunyi seperti biasa kecuali telefon aku.

kopi yang aku bancuh malam tadi dah sejuk. biskut kering yang aku hidang malam tadi dah lemau di masuki angin dari kipas siling aku yang tak henti pusing dari semalam. semalam, masa dia ada dalam rumah aku.


mungkin hanya dorg jadi saksi, mungkin objek yang tak ada nyawa yang terhidang depan aku sekarang ni jadi saksi apa yang jadi malam tadi. aku, dia, dan dot dot dot


aku ambil telefon dan masih tak ada apa. mungkin dia nak cabar aku, atau mungkin aku yang tgh cabar diri aku buat apa yang aku cakap dekat dia malam tadi. ok dia tak call tak apa, aku harap dia menyesal seumur hidup.


"ok macam ni la, ni ialah sekeping nota yang aku tulis untuk kau. ya kau! Zamira binti Khairudin Had. yang ber-no ic 921231036666. ya mmg, aku tau kau org kelantan. menyesal aku tak ikut cakap mak aku dulu cakap jgn nk baik sgt dgn org kelantan ni sbb nanti dia jumpa sesama dia, dia tinggal kan kau. haa memey! memey betul! kau jumpa Juwariz bin Haji Tabroni kau tinggalkan aku. kelik, mu kelik. kepalahotak kau la.


ini ialah sekeping nota bunuh diri aku. nanti kalau polis jumpa mayat aku, aku nak suruh dorg publishkan dekat semua surat khabar muka depan dengan tajuk "Zamira Perempuan Sundal" atau "Zamira Kelantan Gatal Pepek". aku nak semua orang dekat Pantai Dalam ni tau yang kau tak la sebaik yg dorg sangkakan.


mungkin orang cakap aku bodoh sbb bunuh diri kerana kau. tapi, err tapi. kejap aku tahan air mata. tapi mungkin berbaloi. ketepikan faktor yang kau org kelantan, dan kadang-kadang odor kau berbau hamis selepas balik kerja, aku suka kau.


aku hargai momen-momen indah aku dgn kau macam dekat tasik titiwangsa dulu. kita berlari lari dalam hujan kebasahan sama-sama, dan kemudian masa kita berhenti dekat satu pondok nak berteduh, kau pandang muka aku lantas cakap **&^%.


aku pun hah? kau ulang lagi benda yang sama dan aku masih terpinga. lalu kau keluarkan henfon kau, wallpaper fon. kau gambar hati sebijik, berdarah lagi tu. lepas tu kau buat isyarat "i", lepas tu kau tunjuk wallpaper kau, dan sterusnya kau tuding jari kau dekat aku. aku tny "oh, i love u ke?" kau balas haa memey! memey memey memey, haa itu je la yang aku faham.


tapi cuma tu je la kenangan manis kau dgn aku. cuma tu, like literally. yang lain kalau kau anggap kau langgar aku dari belakang pakai kenari merah kau sampai patah tulang belakang aku, sebab aku tak nak belikan kau dress Maysaa yang macam Hana Tajima tu suatu kenangan sweet, entah la. sbb kau kan bodoh, dan sundal. bodoh + sundal = babi?


dan dengan ini, aku harap kau masuk neraka jahanam sama dengan aku. (dan aku berharap kia boleh jadi pasangan kekasih disana. ya aku masih berharap) "


lalu aku pun pergi ke dapur, untuk lihat apparatus apa yang boleh buat cerita suicide aku nampak epik sikit. pisau? dah klise sgt. taknak la nampak macam Patrick Fugit dalam Wristcutters: A Love Story yang tersangkut dalam limbo. dark komedi bukan niche aku. taknak pulak bunuh diri dengan terjun bangunan, dah macam cerita jepun Suicide Club plak. aku tak ada kaitan dengan dakyah manusia adalah pentingkan diri dan pembersihan etnik manusia adalah satu penyelesaian. aku bukan politikus.


aku jadi buntu lalu duduk kembali atas sofa empuk aku. yang ada hanya kopi yang sudah sejuk dan beberapa keping biskut yang dah pun melemau. ditepi hidangan itu ada telefon aku. telefon yang Zamira cakap dia nak call aku balik semalam, tapi tak ada pun.telefon? ya telefon!


aku rasa kalau aku nk bunuh diri dan memberi impak yang kuat dekat Zamira, modus operandinya mesti berasaskan telefon mobil aku. sbb dia ckp dia nk call balik semalam, tapi tak ada pun. haa baru kau menyesal. biar kau tak tenang bila ruh aku kacau fon mobil kau malam-malam.


ok, ideanya ialah aku telan telefon aku tu dan dia akan tersekat dekat rongga pernafasan aku. dan sekaligus melemas kan aku dan punca kematian adalah kerana kekurangan oksigen dalam darah. lantas aku yang dah nekad, pun memasukkan telefon ke dalam mulut dan menelannya.


fon itu pun menyusul masuk macam satu kapsul maut yang punya dos tinggi. perlahan-lahan paru-paru aku malfungsi dan nafas aku sedikit demi sedikit terhenti. kepala aku jadi pusing dan aku dapat rasakan badan aku terapung melayang dan patuh dengan hukum graviti yang sedang kuat menarik aku.


aku rebah dan terjelepuk jatuh. jatuh dan sendirian menanti masa untuk ke terminal barzakh. aku lelap, lelap dan terlahu dalam lohong yang kosong dan hitam cuma punya aku dan tanda tanya.


selamat tinggal dunia.




*kringggggg* bunyi telefon aku berbunyi.
*kiingggggg* telefon aku yang tengah tersangkut dekat rongga pernafasan aku berbunyi lagi menunjukkan ada mesej dalam kotak masuk telefon aku.


mata aku terus kembali celik, dan aku cuba bangun beberapa kali dan tersungkur jatuh. ahh babi, aku perlu baca mesej ni. aku tau ni mesej dari Zamira yang nak aku balik ke pangkuan dia. aku bangun dan berlari ke kaunter dapur.


jangka hayat aku semakin singkat, tanpa oksigen aku takkan dapat bertahan lama. lalu aku cuba memuntahkan balik telefon yang aku telan, tetapi gagal. masa dah semakin suntuk, sekarang dah sampai takat kritikal dan aku taknak aku mati dalam keadaan tanda tanya. lalu aku terus capai sebilah pisau pemotong daging yang tercacak dekat kabinet dapur aku.


tanpa lengah aku kelar leher aku, belah dan koyakkan sampai melimpah limpah darah aku keluar membasahi lantai. aku korek leher aku yang dah berselirat dengan ateri dan dapat capai fon mobil aku. aku sentap dan fon itu tercampak beberapa meter ke depan.


aku rebah. dan aku tau beberapa saat lagi aku dah tak ada dekat dunia ni. aku pun perlahan merangkak ke hadapan dan berjaya mencapai fon aku tadi. aku ambil dan terus periksa kotak masuk. ada satu mesej tak berbaca lalu aku terus buka.


penglihatan aku semakin samar, memang aku dah tak banyak masa. lalu aku bersihkan skrin fon aku yang dah berlumuran darah dah aku baca mesej itu berbunyi:


"Sender: Hotlink

RM0. Kuiz Tomok - Anda tahu segalanya tentang Tomok? Uji diri anda& rebut peluang memenangi Samsung Galaxy S II. RM0.30/min. Tamat 4/11. Dail *188. Tertakluk T&S"


erk, Tomok? babi.

15 comments:

martini said...

haha! finally!

Anonymous said...

miss you azim :(

Anonymous said...

carpet

Anonymous said...

Keris here,dah mcm penulis novel ada nama pena gituuu kan. haha i minat Tomok jgn babi2 kan dia okay.

Anonymous said...

Benda ni selalu berlaku.

epal hijau said...

Haha. Celaka!
Bersyukur la, pasal tomok, kau hidup lagi. muehehee :DD

nice. Yeay! Azim Suhaili is back!

wan nuramira said...

fiktus ilusi yang paling super pnah dibace... hahaha.... nice....

N.A said...

mesej macam tu memang celaka. dem.

juni grahana said...

kemana aja azim? lama x posting hahahah

Anonymous said...

lain kali tggu jer la msj tu.jgn nak bunuh2 diri.hahaha

EG said...

pergh bro. Terbaik la.
Apsal lama giler xupdate?

Anonymous said...

serious kot. lama gile tak update. anyway, nice one!

lelaki serabai bernama SYF. said...

"Zamira Kelantan Gatal Pepek" <--- hahaha, cun!

teyhah said...

stylo!nanya ja org nm zamira haha

Mukmin Selamat said...

zine baru?