Sunday, June 24, 2012

Erti

Banyak persoalan adalah dalam bentuk definitif, ertinya segala jenis percanggahan adalah berpunca daripada pengertian sesuatu topik atau subjek melalui pandangan individu itu sendiri. Yang berlatar-belakangkan pengetahuan, emosi, ekspektasi, dan faktor persekitaran yang membuatkan penjanaan sesuatu idea itu adalah berbeza antara satu manusia dengan satu manusia yang lainnya.

Ertinya, untuk sesuatu subjek dan topik, pemboleh-ubah untuk ianya ditafsir dan didefinisikan adalah infinitum. Oleh itu, perbuatan memalarkan konsep kebahagian dalam erti kata individu atau kotak pemikiran kita sendiri adalah suatu yang absurd.

Kerana pada hakikatnya kebahagian itu tidaklah bersifat universal, namun lebih kepada tafsiran yang bersifat konsep mengikut acuan dan gaya hidup individu itu sendiri. Variasi ini bukanlah sesuatu yang anih kerana pada asasnya manusia ini diciptakan untuk tidak identikal dari satu sama lain untuk mengelakkan ekstinsi.

Kebahagian itu adalah pada tahap yang tidak tetap, dan ianya sering berubah-ubah mengikut masa dan ketika. Perbuatan mendiskriminasi dan mengelaskan tahap kebahagian adalah suatu pemikiran feudal dan keengganan seseorang menerima pakai dan menilai definisi kebahagian orang lain adalah suatu sikap yang barbarik dan tidak bertamadun.

Sehinggakan bila kita fikir dengan lebih mendalam, moral itu sendiri adalah berbentuk definitif. Erti, moral itu sendiri adalah sesuatu yang dedifinisikan oleh sekumpulan manusia didalam kelompoknya sendiri. Ini adalah jelas dengan wujudnya cara fahaman dan pemikiran seperti rasisme dan feudalisme bilamana manusia itu mengangap dirinya adalah lebih agung dari unit kelas lain oleh kerana definisi.

Semuanya adalah berbalik kepada bagaimana kita mendefinisikan sesuatu perkara. Cinta, moral, sikap, dan ketamadunan adalah sesuatu yang boleh kita ertikan. Perbezaan pengertian ini haruslah kita raikan dan aprisiasi pengertian ini sebenarnya adalah asas kepada keamanan sejagat.

1 comment:

Anonymous said...

ur bahasa..smpai dithp org perlu berfikir apa yg ditulis itu..nice job..teruskan usaha..:)